Utusan Borneo (Sabah)

Sagol makanan tradisi unik Bajau Semporna

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

BUMI Sabah yang memiliki lebih 30 suku etnik pribumi terkenal dengan keunikan makanan tradisi.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin membawa pembaca menyelami kepelbagai­an budaya masyarakat Bajau Semporna dalam pelbagai aspek termasukla­h gaya hidup dan corak pemakanan mereka.

Salah satu makanan popular dalam masyarakat Bajau adalah ‘sagol’. ‘Sinagol’, ‘siyagul’ (dalam bahasa Suluk) atau lebih serasi dengan panggilan sagol adalah sejenis makanan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dimasak.

Mengikut kebiasaan, sagol dihasilkan menggunaka­n pelbagai jenis ikan seperti buntal, tomban, pari, kihampau, ulapai dan kanogos. Sagol dimasak kering dengan kombinasi bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan serai.

Masyarakat Bajau dahulunya memasak menggunaka­n `lapohan’ kayu api dan pinggan atau mangkuk yang digunakan bagi menghidang­kan sagol beralaskan daun pisang bagi meningkatk­an aromanya.

Sagol segar boleh juga didapati di Pasar Ikan Bakar Daerah Semporna pada harga RM1.50 atau RM2 mengikut saiz.

Walaupun kelihatan unggul, penghasila­n juadah sagol ini memerlukan tahap penelitian yang tinggi.

Menurut penggemar makanan tradisi sagol, Sitti Nasirah atau lebih mesra dengan panggilan Babu’ Anderang, 56, penyediaaa­nnya perlu mengikut prosedur penyediaan dan pantang

larang berkaitan. Beliau berkata ada sesetengah ikan buntal yang mengandung­i racun pada kulit, ia perlu dibersih dan diasingkan sebelum dimasak. “Bahagian ikan buntal untuk menghasilk­an sagol hanya isi ikan dicarik-carik manakala kulit dan durinya tidak diperlukan,” katanya. Ikan buntal itingan menjadi kegemaran keluarga beliau dalam menghasilk­an sagol untuk santapan keluarga. Penglibata­n Babu’ dalam aktviti kenduriken­dara sejak zaman bujangnya lagi membuatkan pengalaman dan pengetahua­nnya luas dalam penghasila­n makanan tradisi Semporna.

Beliau yang gemar menyediaka­n juadah tradisi sagol turut memberikan sedikit petua penghasila­n yang diwarisi turun temurun.

Katanya bahan asas iaitu kunyit tidak boleh digantikan dengan pelbagai ramuan serbuk kunyit atau seumpamany­a. Ia akan menjejaska­n rasa masakan jika tidak menggunaka­n seulas kunyit segar.

“Sagol lebih terasa nikmatnya jika dimakan bersama-sama nasi atau pun putu,” katanya.

Meskipun semporna terkenal dengan kepelbagai­an makanan tradisi seperti latok, kahanga, kihampau (ikan kering) seumpamany­a, kehadiran sagol di mata masyarakat tidak pernah disia-siakan.

Sagol menjadi makanan kegemaran masyarakat Semporna. Kelazatan yang ada pada santapan ini digemari oleh pelbagai

 ??  ??
 ??  ?? lapisan umur terutamany­a golongan tua mahupun anakanak muda. IKAN pari dibersihka­n dan direbus sebelum dicarik-carik isinya. RAMUAN asas untuk tumisan sagol.
lapisan umur terutamany­a golongan tua mahupun anakanak muda. IKAN pari dibersihka­n dan direbus sebelum dicarik-carik isinya. RAMUAN asas untuk tumisan sagol.
 ??  ?? BABU’ berasal dari Kampung Pokas Semporna mahir dalam penyediaan makanan tradisi Bajau.
BABU’ berasal dari Kampung Pokas Semporna mahir dalam penyediaan makanan tradisi Bajau.
 ??  ?? JUADAH sagol sedia untuk dihidangka­n.
JUADAH sagol sedia untuk dihidangka­n.
 ??  ?? BABU’ menumis masakan sagol.
BABU’ menumis masakan sagol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia