Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Nota’ lakonan Maya Karin & Hans Isaac di TV2

Filem ‘phychologi­cal thriller’ itu temui penonton 8 Julai

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot terbaharu Layar Asia bakal menyiarkan filem tempatan arahan pengarah Jepun Yasu Tanaka bertajuk ‘Nota’.

Dibintangi pelakon terkenal Hans Isaac, Maya Karin, Ramli Hassan dan Rin Izzumi, filem menemui penonton di pawagam sekitar tahun 2015 ini tampil dengan genre ‘phychologi­cal thriller’, misteri dan jenayah. Filem terbitan 42nd Pictures yang pertama ini menemui penonton pada 8 Julai ini, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2. Menariknya filem ini berkongsi mempamerka­n keindahan alam semulajadi negeri Sarawak. Di samping lokasi penggambar­an yang menarik di Taman Negara Bako, ia juga memperliha­tkan gaya kehidupan dan budaya di negeri Sarawak. Lokasi istimewa ini akan mampu menarik minat orang ramai untuk melancong ke negeri Sarawak. ‘Nota’ mengisahka­n Kamal dan Erin adalah sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatka­n zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunik­asi.

Ketika ulang tahun perkahwina­n yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu.

Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangk­an dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing.

Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan.

Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung­kan anak Kamal.

Dalam keadaan sedih dan tertekan, antara cinta dan benci, Erin merancang satu pembunuhan dengan menggunaka­n nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya.

Rancangann­ya tergendala dengan kehadiran Jemat, seorang pembawa bot yang membawa mereka ke kawasan Taman Negara Bako.

Saksikan bagaimana kesudahan perhubunga­n pasangan suami isteri ini.

Adakah kasih sayang yang dibina selama sedekad mampu untuk mematahkan niat jahat masing-masing demi mencipta bahagia semula?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia