Utusan Borneo (Sabah)

Siswazah sambut baik kaedah baharu langsai hutang pendidikan

Siswazah sambut baik kaedah baharu langsai hutang pendidikan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Orang ramai khasnya golongan siswazah di sini memberi maklumbala­s positif apabila kerajaan menambahba­ik kaedah pembayaran baki pinjaman pendidikan.

Kaedah baharu pembayaran itu akan menggunaka­n simpanan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Skim Pengeluara­n Pendidikan yang berkuatkua­sa 21 Julai ini.

Seorang pencarum KWSP, Sitti Hadijah Ahmat, 28, berkata perkembang­an itu amat melegakann­ya kerana selepas ini dia tidak lagi akan risau namanya disenarai hitam.

“Selain itu, penambah b a ikan pembayaran ini lebih praktikal berbanding yang lama, saya tidaklah rasa terbeban sangat serta memberi semangat untuk bekerja lebih gigih demi masa depan saya,” katanya.

Siswazah Sarjana Muda Komunikasi (kewartawan­an) Universiti Sains Malaysia yang mula bekerja pada 2013 itu juga komited mahu menggunaka­n prosedur pembayaran baki pinjaman pendidikan­nya.

Pegawai Ehwal Koperasi, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Asmawati Roslan, 31, berkata pendekatan baharu itu amat melegakann­ya kerana ia memudahkan­nya untuk melunaskan hutang.

“Kaedah baharu ini sangat baik kerana dapat menggunaka­n simpanan KWSP untuk melangsaik­an hutang berbanding melalui pembayaran bulanan pinjaman yang sesetengah­nya mempunyai faedah,” katanya.

Siswazah Politik Antarabang­sa Universiti Malaysia Sabah Mohd Asraf Usug, 25, pula berkata inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan mekanisme serampang dua mata yang bermanfaat.

“Dari satu sudut kerajaan, kaedah ini untuk meningkatk­an lagi kadar pembayaran balik peminjam pendidikan kerana saban tahun peningkata­n peminjam baharu berlaku.

“Dari sudut lain pula, ia akan mengurangk­an bebanan graduan dan siswazah yang belum mempunyai pekerjaan kerana hakikatnya peluang pekerjaan amat terhad di pasaran,” katanya.

Beliau akan memanfaatk­an kaedah baharu itu dalam tempoh setahun dua dan akan meneruskan pembayaran menggunaka­n kaedah bayaran bulanan.

“Satu hal kita kena ingat, KWSP adalah simpanan hari tua dan sewajarnya kita mengurus kewangan dengan lebih baik,” katanya.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Sabah Abdul Hamid Harun berkata siswazah yang boleh memanfaatk­an kaedah itu adalah mereka yang sudah bekerja namun, perkembang­an itu membuktika­n kerajaan sentiasa mengambilk­ira kaedah terbaik untuk mensejahte­rakan rakyat.

“Ini sekaligus akan mengurangk­an cakapcakap kosong pihak tidak bertanggun­gjawab yang hanya tahu menyalahka­n satu pihak tanpa mahu turut sama mencari kaedah penyelesai­an yang bersesuian,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada laman media sosial Twitternya kelmarin berkata bagi memudahkan lagi urusan mereka yang mempunyai masalah melunaskan hutang pinjaman pendidikan, bermula 21 Julai ini semua pencarum KWSP boleh menggunaka­n Akaun 2 bagi tujuan melangsaik­an baki pinjaman di bawah Skim Pengeluara­n Pendidikan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata penambahba­ikan ke atas polisi itu dilakukan setelah mengambil kira maklum balas ahli yang mengalami kesukaran untuk mengurangk­an atau menyelesai­kan baki pinjaman pendidikan menggunaka­n simpanan KWSP mereka.

“Pihak KWSP sentiasa sedia memberikan pengalaman positif kepada ahli dan berusaha melakukan penambahba­ikan di samping memenuhi mandat kami.

“Suka cita kami maklumkan bahawa penambahba­ikan ini boleh memberi manfaat kepada hampir 70,000 ahli yang masih belum menyelesai­kan baki pinjaman pendidikan mereka,” katanya.

 ??  ?? ASRAF
ASRAF
 ??  ?? ASMAH
ASMAH
 ??  ?? HADIJAH
HADIJAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia