Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja didakwa pecah amanah, guna wang hasil jualan syarikat

Guna wang hasil jualan syarikat berjumlah RM15,984.52

-

“Mengikut

pertuduhan, tertuduh sebagai pekerja syarikat menggunaka­n wang hasil jualan berkenaan, pada 19 Jun lalu jam 8.30 pagi, di GMB Technology, Jalan Tuaran, di sini.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang syarikat sebanyak RM15,984.52.

Hakim Noorhafiza­h Mohamad Salim menetapkan pada 28 Julai sebagai tarikh pengurusan kes terhadap Cyril Yap Kon Sheng, 31, selepas mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pekerja syarikat menggunaka­n wang hasil jualan berkenaan, pada 19 Jun lalu jam 8.30 pagi, di GMB Technology, Jalan Tuaran, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 14 tahun dan dengan sebat, atau denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F. Michell mencadangk­an ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, Cyril yang tidak diwakili peguam memohon jumlah berkenaan dikurangka­n kepada RM1,000.

“Saya tidak mampu membayar jumlah ikat jamin yang tinggi kerana saya mempunyai tiga anak,” katanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan dan mengarahka­n melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Sementara itu, Hakim Azreena Aziz menetapkan pada 2 hingga 3 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang didakwa atas pertuduhan sama.

Keputusan itu dilakukan terhadap Lester Jindru Jipiol yang tidak diwakili peguam selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh sebagai pemandu didakwa menggunaka­n wang sebanyak RM2,370 milik syarikat, pada Jun lalu antara jam 8 pagi hingga jam 5 petang, di Syarikat Pembinaan Kekal Mewah.

Semasa rayuan permohonan ikat jamin, Lester memohon jumlah ikat jamin dikurangka­n kerana isterinya sedang sarat mengandung lapan bulan.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim memberitah­u, lapan saksi daripada pihak pendakwaan akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

 ??  ?? LESTER
LESTER
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia