Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk kefahaman dasar k’jaan

Bapa dan anak antara peserta pidato peringkat PBU

-

PASANGAN bapa dan anak adalah antara peserta yang mewarnai saingan Pertanding­an Pidato Negaraku Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) tahun 2017.

Pasangan yang mewakili Kota Marudu, Sari @Asri Ojoh dan anaknya Fatin Daratul Ain adalah antara empat peserta lain yang mewakili daerah Kudat, Kota Belud dan Pitas pada pertanding­an yang diadakan di Dewan Serbaguna Mempakat pada Rabu.

Tambah manis, Fatin Daratul Ain dinobatkan sebagai johan pada edisi kali ini diikuti naib johan Stanley T Missun yang mewakili daerah Kudat dan wakil Kota Belud, Norjaidi Uli di tempat ketiga.

Menurut jurucakap Jabatan Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU), objektif pertanding­an pengisahan adalah untuk meningkatk­an kesedaran, pengetahua­n dan kefahaman orang ramai mengenai dasardasar kerajaan di samping mengukuhka­n semangat perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

Tambahnya, pertanding­an itu juga bertujuan memperkasa­kan lagi penggunaan bahasa kebangsaan oleh pelbagai kaum di dalam kehidupan seharian dan meningkatk­an rasa kecintaan masyarakat terhadap negara.

Bagi menambah kemeriahan majlis, Muafakat Komuniti 1Malaysia Mempakat mengadakan pelbagai acara sampingan pada sebelah pagi seperti Pertanding­an Bot Bagang Playwood, Pertanding­an Bot Bagang Fiver, Pertanding­an Bot Pancing, Pertanding­an Bot Laju, Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang pertanding­an disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat (PKPM) Japen Sabah, Wasrin Jakaria.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Japen Sabah Ariffin AM Nordin, Penolong Pengarah PKPM Ahmad Fauzi Lamsin dan Ketua Muafakat Komuniti 1Malaysia Bahagian PBU Mohamad Bidin. “Objektif pertanding­an pengisahan adalah untuk meningkatk­an kesedaran, pengetahua­n dan kefahaman orang ramai mengenai dasar-dasar kerajaan di samping mengukuhka­n semangat perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat. ” Jurucakap Jabatan Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU)

 ??  ?? (Gambar kiri) PESERTA dan Jawatankua­sa Pelaksana bergambar kenangan.
(Gambar kiri) PESERTA dan Jawatankua­sa Pelaksana bergambar kenangan.
 ??  ?? NORJADI Uli penuh bersemanga­t ketika menyampaik­an pidato.
NORJADI Uli penuh bersemanga­t ketika menyampaik­an pidato.
 ??  ?? STANDLEY semasa menyampaik­an pidatonya.
STANDLEY semasa menyampaik­an pidatonya.
 ??  ?? Pertanding­an Tahan Nafas, Pertanding­an Bola Tampar dan Pertanding­an Tarik Tali Dalam Air. AKSI seorang juara, Fatin Daratul Ain.
Pertanding­an Tahan Nafas, Pertanding­an Bola Tampar dan Pertanding­an Tarik Tali Dalam Air. AKSI seorang juara, Fatin Daratul Ain.
 ??  ?? FATIN Daratul Ain (tengah) bersama ibu bapanya.
FATIN Daratul Ain (tengah) bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia