Utusan Borneo (Sabah)

Macron sokong penyelesai­an dua negara di Timur Tengah

-

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata beliau menyokong penyelesai­an dua negara untuk menamatkan konflik di Timur Tengah ketika beliau menerima kunjungan Presiden Palestin Mahmoud Abbas ke Istana Elysee kelmarin.

Macron, yang bercakap secara terbuka mengenai isu itu buat pertama kali, berkata sebarang persetujua­n “mesti mengiktira­f hak sah bangsa Palestin untuk memiliki negara yang merdeka, tetapi turut memastikan keselamata­n Israel”.

“Alternatif berdaya maju kepada penyelesai­an dua negara tidak ada,” katanya dan menambah “tetapi pada hari ini, penyelesai­an ini diancam baik di lapangan mahupun dalam fikiran orang ramai”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan pada Jun lalu bahawa Israel telah meng-umumkan penambahan penempatan yang banyak sejak tiga bulan lalu walaupun satu ketetapan PBB menuntut pemberhent­ian penempatan luar Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Macron berkata “Perancis selama ini mengecam kerja membina penempatan yang berterusan, yang menyalahi undang-undang antarabang­sa, dan sudah mencapai tahap luar biasa sejak awal tahun ini”.

Beliau membuat kenya-taan itu selepas Donald Trump menyeru kepada rakyat Israel dan penduduk Palestin untuk berkomprom­i demi keamanan, dengan menyatakan beliau “komited secara peribadi” kepada usaha untuk membantu Israel mencapai persetujua­n dengan pihak Palestin.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu, yang bercakap ketika beliau melawat Timur Tengah pada Mei lalu, tidak menyebut secara khusus tentang penyelesai­an dua negara, yang sudah lama menjadi fokus usaha antarabang­sa dan diplomasi AS di Timur Tengah.

Macron dan Abbas berkata mereka akan me-nyokong Trump dalam usahanya untuk menamat-kan kebuntuan.

Presiden Abbas mengesahka­n semula keinginann­ya untuk “bekerja dengan Donald Trump bagi mencapai persetujua­n keamanan yang bersejarah berdasarka­n penyelesai­an dua negara”. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? MACRON (dua kanan) mengalu-alukan kunjungan Abbas (tiga kiri) ke Istana Elysee di Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters
MACRON (dua kanan) mengalu-alukan kunjungan Abbas (tiga kiri) ke Istana Elysee di Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia