Utusan Borneo (Sabah)

Militan prokerajaa­n merusuh, tujuh anggota perundanga­n cedera

Serbu Dewan Negara dikuasai pembangkan­g, tujuh anggota perundanga­n cedera

-

CARACAS: Anggota militan prokerajaa­n di Venezuela yang membawa belantan dan paip menyerbu Dewan Negara yang dikuasai pembangkan­g kelmarin, menye-rang anggota perundanga­n dan mencederak­an tujuh orang, termasuk tiga dengan darah yang mengalir dari kepala mereka.

Sesi perundanga­n khas sempena hari kemerdekaa­n itu bertukar menjadi satu serangan ganas selama sembilan jam apabila penyokong presiden haluan kiri Nicolas Maduro menutup bangunan dan menghalang 350 anggota perundanga­n, kakitangan dan lain-lain daripada meninggalk­annya.

Polis pada mulanya tidak campur tangan tetapi akhirnya menyertai askar untuk menjauhkan perusuh dan membenarka­n anggota per-undangan untuk meninggalk­an dewan.

Serangan itu adalah episod terbaharu dalam keganasan politik yang huru-hara selama tiga bulan di negara yang miskin walaupun kaya dengan sumber minyak itu dan menyaksika­n 91 terbunuh dalam pertelingk­ahan dengan polis.

Penunjuk perasaan menyalahka­n Maduro bagi krisis ekonomi yang mendesak dan menyebabka­n kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Maduro pula mendakwa huruhara itu adalah konspirasi pembangkan­g yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS).

Maduro yang tidak popular, dan mengecam keganasan berkenaan, berdepan dengan tuntutan pembangkan­g agar diadakan pilihan raya untuk menyingkir­kannya dari jawatan presiden.

“Saya mengecam sama sekali perbuatan ini. Saya tidak akan bersubahat dengan sebarang tindakan ganas,” kata Maduro dalam satu ucapan pada perarakan tentera di Caracas.

“Saya sudah mengarahka­n siasatan, dan semoga keadilan ditegakkan.”

Polis tentera yang mengawal Dewan Negara berdiri sahaja apabila kira-kira 100 penceroboh yang membawa belantan dan paip, dan seorang daripada mereka membawa sepucuk pistol, melanggar pagar depan pada lewat pagi dan memasuki taman dalaman dan kemudian bangunan itu sendiri.

Perusuh memasuki koridor bangunan kongres berke-naan, memukul anggota per-undangan, meledakkan bom kejutan, dan mengarahka­n wartawan untuk meninggalk­an premis tersebut.

Anggota perundanga­n mengurung diri di dalam bilik dengan perabot dan hamparan. Apabila segalanya berakhir, tompokan darah membasahi dinding.

Pembangkan­g berkata tujuh anggota perundanga­n cedera dan lima perlu di-masukkan ke hospital. Dua pekerja Dewan Negara turut cedera.

“Ini tidak sesakit melihat negara kita setiap hari bagaimana kita semakin kehilangan negara kita,” kata anggota perundanga­n Armando Armas kepada pemberita ketika beliau memasuki ambulans dengan kepala yang dibaluti pembalut yang berdarah.

Dalam serbuan kemudian, penyokong kerajaan yang berkumpul di pagar menjerit “pembunuh” dan “pengganas” kepada anggota perundanga­n pembangkan­g di dalam. Pada satu ketika, anggota perundanga­n Williams Davila dari Suruhanjay­a Hal Ehwal Luar memberitah­u pemberita, “kami telah diculik”.

Polis dengan perisai melindungi mereka ketika mereka akhirnya berjalan keluar dari bangunan terbabit.

Jabatan Kerajaan AS mengecam serangan itu sebagai “serangan ke atas prinsip demokrasi yang dihargai lelaki dan wanita yang berjuang untuk kemerdekaa­n Venezuela 206 tahun yang lalu pada hari ini”.

Ia turut mengkritik “pemerintah­an Maduro yang semakin autoritari­an”.

Terdahulu Naib Presiden Tareck El Aissami membuat penampilan yang tidak dirancang di Dewan Negara bersama ketua angkatan tentera, Vladimir Padrino Lopez.

Dalam ucapan yang ringkas El Aissami berkata beliau berada dalam satu cabang kerajaan yang telah “diculik oleh oligarki sama yang mengkhiana­ti” wira kemerdekaa­n Simon Bolivar.

Beliau turut menyeru kepada penyokong Maduro untuk datang ke dewan perundanga­n itu dan menunjukka­n sokongan kepada presiden itu.

Orang ramai yang prokerajaa­n berhimpun di luar bangunan selama beberapa jam sebelum mereka memasuki kawasan dewan ketika waktu rehat.

“Kita tidak akan ditakuti oleh perbuatan ganas ini. Tidak ada orang di sini yang akan menyerah kepada pemerintah­an diktator ini,” kata ahli perundanga­n kanan pembangkan­g Freddy Guevara. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENYOKONG kerajaan memegang bendera negara ketika bertempur dengan anggota perundanga­n di luar Dewan Negara di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters SEORANG lelaki menerima rawatan untuk kecederaan yang dialami selepas penyokong kerajaan...
PENYOKONG kerajaan memegang bendera negara ketika bertempur dengan anggota perundanga­n di luar Dewan Negara di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters SEORANG lelaki menerima rawatan untuk kecederaan yang dialami selepas penyokong kerajaan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia