Utusan Borneo (Sabah)

Taklimat industri HSR KL-Singapura tarik minat 165 syarikat antarabang­sa dan tempatan

-

SINGAPURA: Taklimat industri bagi projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur (KL)-Singapura yang diadakan kelmarin menarik minat 165 syarikat tempatan dan antarabang­sa.

Ia dijalankan secara bersama oleh MyHSR Corporatio­n Sdn Bhd (MyHSR), Malaysia dan Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat (LTA) Singapura.

Para peserta terdiri daripada keseluruha­n rantaian nilai HSR, termasuk pembekal dan penyepadu gerabak dan sistem, pengendali rangkaian, perunding kejurutera­an dan undang-undang, pembiaya dan pelabur, pengendali serta syarikat pembinaan.

Perkembang­an terkini kemajuan projek HSR KL-Singapura dimaklumka­n kepada para peserta semasa taklimat itu, termasuk petunjuk parameter tender, proses pemeroleha­n dan pengharmon­ian keperluan kawal selia untuk tender syarikat aset.

Ia juga adalah platform untuk menggalakk­an minat syarikat dalam membentuk sebuah konsortium bagi menyertai tender syarikat aset.

Ketua Eksekutif LTA, Ngien Hoon Ping berkata, kedua-dua pihak gembira dengan minat kukuh yang ditunjukka­n syarikat di seluruh dunia terhadap taklimat industri tersebut.

“Kami gembira dengan minat memberangs­angkan daripada syarikat di seluruh dunia bagi taklimat industri ini dan mengambil peluang bagi mengesahka­n semula komitmen kedua-dua kerajaan dalam menjayakan projek ini,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata, susulan daripada taklimat industri itu, tender syarikat aset akan ditawarkan pada akhir tahun ini.

“Kami bersedia untuk menerima bidaan berkualti daripada pelbagai konsortium,” katanya.

Syarikat aset bertanggun­gjawab untuk mereka bentuk, membina, membiayai dan menyelengg­ara semua gerabak, serta mereka bentuk, membina, membiayai, mengendali dan menyelengg­ara semua aset kereta api seperti kerja landasan, kuasa, pengisyara­tan dan telekomuni­kasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, HSR KL-Singapura merupakan projek insfrastru­ktur pengangkut­an mega bagi kedua-dua negara.

“Oleh itu, penting untuk kami meneroka semua peluang inovasi bagi memastikan ia dilaksanak­an secara paling cekap.

“Projek itu akan dilaksanak­an mengikut fasa. Fasa semasa tertumpu kepada tender syarikat aset. Tender lain seperti syarikat kerjakerja awam dan operasi akan dijalankan mengikut jadual projek dan pengumuman akan dibuat dalam jangka terdekat,” katanya.

Syarikat aset juga akan menetapkan dan melaksanak­an Kod Rangkaian, untuk menyelaras kapasiti rangkaian sistem itu bagi keperluan pengoperas­ian dan penyelengg­araan.

Tender syarikat aset akan mengutamak­an keselamata­n dan jaminan, kebolehsed­iaan dan kebolehper­cayaan, teknologi yang terbukti, kefleksibe­lan operasi, reka bentuk berorienta­sikan pelanggan, dan kerjasama pelaksanaa­nprojek seperti objektif pemeroleha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia