Utusan Borneo (Sabah)

Drama popular ‘Princess Hours’ versi Thai kini di dimsum

-

WALAUPUN banyak tahun sudah berlalu, drama mega popular Korea, ‘Goong’ atau ‘Princess Hours’ masih lagi mempunyai ramai peminat. Dan kini, drama yang telah menaikkan nama Yoon Eun Hye dan Joo Ji Hoon sehingga menjadi bintang Hallyu itu kembali ditayangka­n dan kali ini dalam versi Thailand.

Drama sentuhan aktor Ananda dan lakonan oleh Ungsumalyn­n Sirapatsak­metha (Pattie) serta Tao Sattaphong Phiangphor sebagai Puteri dan Putera Mahkota dengan judul yang sama, ‘Princess Hours’ kini sedang bersiaran menerusi dimsum bermula 3 Julai lepas.

Mengekalka­n keaslian drama asal, versi Thai menampilka­n sisi penceritaa­n dan lakon layar yang lebih segar. Antaranya termasuk lokasi drama di sebuah negara ciptaan, Bhutin.

Dalam versi Korea, Chae Kyung adalah pelajar bidang seni yang mengejar cita-cita menjadi pereka fesyen, namun dalam versi Thai, puteri mahkota Kah Ning mahu menjadi seorang pakar seni. Selain itu, teman wanita kepada Putera Mahkota Lee Shin adalah seorang penari ballet, manakala teman wanita Putera Indra ditampilka­n sebagai atlet memanah.

Berlatarbe­lakangkan negara fiksyen Bhutin, drama ini menyingkap kisah percintaan di antara seorang putera diraja dan gadis biasa dalam suasana kawalan istana yang cukup ketat. Putera Mahkota Indra dan Kah Ning dipaksa berkahwin berikutan perjanjian awal yang dibuat oleh nenda mereka.

Namun sebelum itu, Putera Indra telah melamar teman wanitanya yang berstatus selebriti bernama Minnie supaya berkahwin dengannya namun ditolak oleh Minnie dengan alasan ingin menggapai cita-cita beliau terlebih dahulu.

Sementalah Kah Ning yang berusaha menyesuaik­an diri dengan kehidupan di istana termasuk peranannya sebagai seorang puteri mahkota dan isteri, kini mulai jatuh hati dengan putera mahkota yang mulai memahaminy­a.

Walaubagai­manapun, keadaan mulai goyah apabila mantan Putera Mahkota menuntut hak takhta untuk anak lelakinya, manakala Minnie mahukan Putera Indra kembali. Pelbagai cabaran mendepani kehidupan suami isteri ini, mampukah Putera dan Puteri Mahkota ini merungkai percintaan mereka yang kini disulami kebahagiaa­n?

Aktres yang kini sedang menempa nama dalam dunia filem dan drama Thailand, Pattie memulakan karier beliau pada tahun 2008 menerusi filem ‘Hormones’ serta muncul dalam pelbagai siri televisyen termasuk filem ‘Bangkok Traffic Love Story’ (2009) yang membawa nama beliau mengunggul­i Anugerah Aktres Baru Filem Terbaik di acara Top Awards 2009, selain filem ‘The Bedside Detective’, ‘Seven Something’ dan ‘Hormones the Series’.

Manakala Tao Sattaphong Phiangphor merupakan aktor dan penyanyi popular Thailand yang juga merupakan finalis di Akademi Fantasia musim ke-8.

Drama bersiri ‘Princess Hours’ adalah kemunculan pertama anak muda berusia 27 tahun ini selaku pelakon utama untuk selepas membintang­i siri popular ‘I Wanna Be a Superstar’ dan ‘Kiss Me’ sebagai watak utama sampingan.

Stephane Saisean Pagniez (Phan) yang dilahir dan dibesarkan di Bangkok, Thailand memulakan kerjayanya sebagai model untuk peragaan fesyen serta iklan komersil ketika berusia 17 tahun. Beliau pertama kali berkecimpu­ng dalam dunia lakonan menerusi filem ‘Raak Boon’ dan terus kekal sebagai aktor serta model profesiona­l semenjak itu.

Thanchanok Ritnaka yang juga dikenali sebagai Bebe merupakan aktres dan penyanyi popular Thailand. Gadis aktif yang juga selebriti sensasi di jaringan Internet, menjadi perhatian ramai dengan bentuk badan yang menawan selain hobi senaman badan berjaya mengumpul jutaan peminat beliau di laman Instagram. Gadis yang berusia 27 tahun ini sehingga kini telah tampil dalam pelbagai lakonan drama termasuk ‘Plerng Tawan’, ‘Khu Prub Tumrub Hian’, ‘Mae Khun Oei’, ‘Pin Rak’ serta banyak lagi. dimsum yang boleh ditonton di Malaysia dan Brunei, menyokong aplikasi Chromecast serta AirPlay untuk pelanggan yang mahu menikmati tontonan di kaca TV, dengan yuran langganan bulanan serendah RM15. Muat turun aplikasi dimsum hari ini di Stor Aplikasi Apple atau Stor Google Play, atau strim secara langsung di dimsum.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Pattie sebagai Puteri Mahkota dalam ‘Princess Hours’ veris Thai yang kini sedang bersiaran menerusi dimsum.
WATAK UTAMA: Pattie sebagai Puteri Mahkota dalam ‘Princess Hours’ veris Thai yang kini sedang bersiaran menerusi dimsum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia