Utusan Borneo (Sabah)

Vaksinasi giat dilaksana

Operasi vaksin anjing, kucing terus dibuat untuk bebaskan kawasan terjejas virus rabies

-

KUCHING: Usaha membebaska­n kawasan terjejas virus rabies atau penyakit anjing gila yang telah meragut dua nyawa kanak-kanak kelmarin kini sedang giat dilaksanak­an.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha itu merangkumi penyuntika­n vaksin kepada anjing dan kucing serta manusia yang pernah digigit.

“Kita lihat bagaimana operasi pemberian vaksin kepada anjing dan kucing di lima kampung yang terletak dalam 10 kilometer radius dari kawasan kejadian agar wabak ini kita dapat hapuskan segera.

“Saya meminta agar semua pendudukka­mpungmembe­ri kerjasama penuh kerana ia akan dapat menjayakan usaha mengawal penyebaran virus rabies seperti yang pernah berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis beberapa tahun lepas,” katanya pada sidang media ketika melawat Kampung Paon, Sungai Rimo, Serian dekat sini pada Rabu.

Beliau turut menziarahi keluarga mendiang Monica Mazlan dan Jackson Mazlan, sebelum meneruskan lawatan ke Kampung Lebur, Gedong yang turut terjejas virus tersebut.

Kampung yang anjing dan kucing diberi suntikan vaksin ialah Kampung Paon Rimu, Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu Bakong, Kampung Remun dan Kampung Lebur, Gedong.

Kerajaan, katanya akan mengkaji jika terdapat keperluan untuk meluaskan kawasan pemberian vaksin dari semasa ke semasa bergantung dengan perkembang­an situasi.

Uggah berkata lagi, klinik veterinar swasta juga diberi kebenaran untuk memohon daripada Jabatan Veterinar Negeri untuk mengimport vaksin haiwan bagi kegunaan mereka.

“Sebelum ini, veterinar swasta berhadapan masalah untuk mendapatka­n vaksin anjing. Dengan adanya vaksin di klinik haiwan swasta, tuan punya anjing dan kucing dapat memberi suntikan sendiri,” jelasnya.

Mengenai kemungkina­n virus berbahaya itu masuk menerusi haiwan dari negara jiran, beliau berkata memang wujud kes penyakit anjing gila di kawasan sebelah sempadan.

Justeru, beliau meminta pasukan keselamata­n bertugas di sempadan untuk memastikan tidak ada anjing dan kucing dibawa masuk ke negeri ini.

Kerajaan negeri, katanya, memperuntu­kkan RM100,000 untuk membeli vaksin, selain daripada RM500,000 yang diperuntuk­kan Jabatan Kesihatan.

Mengenai keadaan rumah keluarga mangsa rabies di Kampung Paon yang daif, Uggahberka­takerajaan­negeri akan mempertimb­angkan bantuan perumahan.

Sementara itu, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang turut menyertai rombongan itu berkata, mereka yang pernah digigit anjing dalam tempoh 1 April dan 1 Julai ini mesti mendapatka­n suntikan vaksin.

Katanya, sejumlah 68 individu dikesan pernah digigit anjing di kawasan terjejas dan berhampira­n.

Daripada jumlah itu, 27 individu telah diberi vaksin, manakala bakinya perlu tampil segera.

“Penyakit ini kalau simptom sudah bermula, ia dah terlambat dan tak berkesan lagi hendak diberi vaksin,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, seorang kanakkanak perempuan berusia tujuh tahun yang dijangkiti virus rabies masih dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Wad Pediatrik Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan, keadaan mangsa yang berasal dari Kampung Lebur, Gedong itu sehingga jam 2 petang semalam semakin merosot berbanding hari sebelumnya.

“Menurut keluargany­a, keadaan mangsa hari ini (semalam) semakin merosot, di mana dia semakin kurang bergerak berbanding semalam,” kata sumber yang turut memberitah­u mangsa dalam pemantauan rapi oleh pihak HUS.

Kelihatan juga beberapa ahli keluarga mangsa datang melawat mangsa sejak tengah hari Rabu.

Mangsa mula mengalami deman sejak 23 Jun lalu dan keesokan harinya mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Serian.

Bagaimanap­un, keadaan mangsa semakin merosok dengan menunjukka­n perubahan tingkah laku dan bersikap agresif serta hidrofobia menyebabka­n dia dirujuk ke HUS selepas dia turut diserang sawan pada 28 Jun.

 ??  ?? ABANG Johari ketika diminta mengulas mengenai situasi jangkitan wabak rabies di Sarawak.
ABANG Johari ketika diminta mengulas mengenai situasi jangkitan wabak rabies di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia