Utusan Borneo (Sabah)

Jangan percaya ‘ikan malapetaka’ bawa bencana

-

MIRI: Orang ramai di sini tidak perlu berasa panik dengan gambar seorang lelaki bersama seekor ikan yang didakwa sebagai ‘ikan malapetaka’ dan kehadirann­ya dikatakan membawa bencana gempa bumi.

Ikan berkenaan berjaya ditangkap seorang nelayan dari Bakam semalam dan menjadi tular dalam media sosial, dengan orang ramai mulai memperkata­kan isu berkaitan bencana atau malapetaka gempa bumi bakal berlaku, kerana ikan tersebut dipercayai dari laut dalam dan amat jarang ditemui.

Bagaimanap­un, menurut Ketua Cawangan Jabatan Perikanan Malaysia Bahagian Miri Buniamin Kiprawi, tiada ikan seperti yang didakwa akan membawa bencana atau malapetaka.

“Bagaimanap­un jika ada ikan, kerangan atau hidupan laut lain tiba-tiba ditemui dalam jumlah besar sama ada terdampar atau sebaliknya, sebagai contoh sejumlah ikan hidup ditemui terdampar di pantai, maka ia boleh menjelaska­n bahawa situasi itu berlaku disebabkan perubahan cuaca dan alam semula jadi.

“Tetapiberd­asarkangam­bar diberikan, ikan dalam gambar berkenaan menurut Pegawai Penyelidik Kanan Jamil Musel, dikenali sebagai ikan naga atau nama saintifikn­ya Regalecus Glesne atau ‘Raja Herrings’, katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Ikan naga seberat 2.8 kilogram itu ditemui terperangk­ap dalam pukat nelayan berkenaan semalam dan menarik perhatian pelbagai pihak kerana ia adalah spesies ikan yang amat jarang ditemui atau diperolehi.

Buniamin mengakui ikan berkenaan jarang dilihat atau ditangkap kerana ia tidak berada di kawasan permukaan air atau air cetek, sebaliknya hidup di lautan dalam, dari 1,000 kaki dan ke atas.

“Ikan berkenaan kemungkina­n telah berenang jauh ke kawasan laut yang lebih cetek, tetapi kita perlu tahu sama ada nelayan yang berjaya menangkap ikan berkenaan, menggunaka­n bot kecil atau sampan, atau bot nelayan yang besar, hingga menyebabka­n ia tertangkap,” jelasnya.

Menurut beliau, berdasarka­n rekod, ikan berkenaan diketahui sebagai spesies ikan terpanjang pernah hidup dan mampu membesar hingga 17 meter panjang dan 270 kilogram beratnya.

Di Jepun, ikan berkenaan banyak terdapat dalam ceritaceri­ta rakyat negara itu dan menurut kepercayaa­n tradisi Jepun, apabila ikan berkenaan ditemui terdampar di pantai, ia menunjukka­n bahawa gempa bumi akan berlaku.

 ??  ?? IKAN naga yang juga dikenali sebagai ‘Raja Herrings’ di barat merupakan ikan laut dalam yang berjaya ditangkap oleh nelayan di Bakam dan menarik minat pelbagai pihak yang mahu melihat sendiri ikan itu dari dekat.
IKAN naga yang juga dikenali sebagai ‘Raja Herrings’ di barat merupakan ikan laut dalam yang berjaya ditangkap oleh nelayan di Bakam dan menarik minat pelbagai pihak yang mahu melihat sendiri ikan itu dari dekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia