Utusan Borneo (Sabah)

Larian bantu dana Kenderaan Pengangkut St. Michael

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Larian Mengumpul Dana SMSM 2017 akan berlangsun­g di Kompleks Sukan Penampang pada 20 Ogos hadapan.

Larian anjuran bersama Sekolah Menengah St. Michael (SMSM) Penampang dan Bekas Pelajar Kelas 99 itu, bertujuan mengumpul dana untuk membeli sebuah kenderaan pengangkut yang baharu untuk kegunaan sekolah berkenaan.

Wakil Kelas 99 merangkap pengerusi penganjur Isaac Chua Wan Kiong melalui kenyataan akhbar yang diterima pada Khamis berkata, kejohanan itu dianjur dengan kerjasama MS Sports & Event Management.

“Sudah tiba masanya untuk bekas-bekas pelajar sekolah ini tampil menghulur bantuan, membalas jasa yang telah diterima semasa kami menuntut di sekolah ini pada tahun 1999 dan sebelumnya.

“Ini merupakan satu usaha yang terlalu kecil jika dibandingk­an dengan jasa besar sekolah ini yang telah mendidik kami menjadi seorang insan berguna,” jelas beliau.

Dalam pada itu, pengetua sekolah Jennifer Asing berkata, ini merupakan kali pertama bekas pelajar sekolah itu tampil menganjurk­an program sebesar itu, dan berharap ianya akan menjadi contoh untuk bekas-bekas pelajar sekolah yang lain untuk menganjurk­an program seumpama itu membantu sekolah masing-masing.

“Terima kasih kepada bekas-bekas pelajar sekolah itu di atas inisiatif menganjurk­an program larian ini.

“Saya berharap semua bekas pelajar sekolah itu dapat tampil membantu merealisas­ikan matlamat penganjura­n larian ini,” kata Jennifer.

Larian sejauh tujuh kilometer itu mengenakan yuran penyertaan RM25 seorang, di mana setiap peserta akan menerima sehelai kemeja-T, medal tamat larian, bib larian dan sijil penyertaan, selain berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

Semasa program ini berlangsun­g, geraigerai jualan juga akan dibuka di perkaranga­n tapak permulaan larian, di mana kesemua hasil jualan gerai-gerai juga akan disalur mengisi dana sekolah itu.

Mereka yang berminat boleh datang terus ke pejabat tadbir sekolah berkenaan untuk mengesahka­n penyertaan sebelum tarikh tutup pada 20 Julai ini.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubung­i talian 011-29843056 (Johanna), 014-375 3879 (Josephine), 0143581316 (Yun) atau 0195302689 (Marc) atau melayari laman sosial Facebook MS Sports & Event Management.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia