Kerajaan sedia kemudahan desa
Peruntukan RM400,000 baiki kemudahan asas Kg Tetabuan
BELURAN: Penyaluran peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membaiki kemudahan asas di Kampung (Kg) Tetabuan membuktikankeperihatinan kerajaan menangani masalah kemudahan asas luar bandar.
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peruntukan itu termasuk membabitkan pembinaanjambatan,bantuan peralatan kepada nelayan kampung itu dan beberapa pembinaan kemudahan lain.
Katanya, penyaluran dana untuk pembangunaan ini bukti keprihatinan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
“Walaubagaimana pun kampung ini masih memerlukan lebih banyak dana pembangunan untuk baik pulih kemudahan asas, pembinaan rumah di bawah program bantuan rumah, kemudahan elektrik 24 jam dan peralatan untuk meningkatkan sosio ekonomi penduduk.
“Turut diperlukan adalah penambahan bekalan air bersih dan perkhidmatan kesihatan,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Kg. Tetabuan, pada Jumaat.
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.
Justeru Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menyeru rakyat luar bandar agar terus memberi sokongan kepada kerajaan dan tidak terpengaruh dengan hasutan politik pembangkang.
Beliau yakin bahawa usaha berterusan kerajaan akan merealisasikan hasrat penduduk luar bandar untuk menikmati kemudahan asas yang lebih sempurna.
Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan bertanggungjawab yang bukan sahaja menumpukan pelaksanaan kemudahan asas tetapi mewujudkan programprogram ekonomi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Katanya, program penyelarasan harga minyak, harga barangan keperluan dan bantuan sara hidup nelayan telah memberi manfaat kepada penduduk kampung luar bandar termasuk Kg. Tetabuan.
Ronald berkata, penduduk luar bandar perlu terus merebut peluang-peluang yang diwujudkan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan masingmasing.
“Peruntukan itu termasuk membabitkan pembinaan jambatan, bantuan peralatan kepada nelayan kampung itu dan beberapa pembinaan kemudahan lain. ” DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Ahli Parlimen Beluran