Minggu Fesyen Borneo 2017 bawa Borneo ke seluruh dunia
BERTEMAKAN kerjaya dan gaya hidup ‘bikers’ iaitu peminat motosikal berkuasa tinggi, program terbaharu radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Santai Riders’ mengetengahkan seorang ‘biker’ dipilih yang terlibat dalam permotoran menggunakan motosikal berkuasa tinggi.
Mula bersiaran pada 8 Julai (hari ini), setiap Sabtu, jam 2.30 petang di TV1, 13 episod program menampilkan hos Linda Onn ini antara lain memaparkan kejayaan seseorang dalam kehidupan dari segi latar belakang, kerjaya, perniagaan, aktiviti amal, keluarga sehingga membolehkan individu itu boleh melibatkan diri dalam hobi yang agak mahal ini.
Menariknya program ini bukan sahaja mengetengahkan golongan lelaki yang sememangnya dekat dengan aktiviti lasak sebegini sebaliknya turut berkongsi pengalaman dan keterujaan golongan wanita yang berkongsi minat mendalam terhadap bidang permotoran ini.
Menerusi episod pertama ikuti temubual Linda Onn dengan seorang peminat motosikal berkuasa tinggi iaitu Tan Chong Aun atau Alvin Tan yang mencerminkan tema rancangan ini iaitu ‘berjaya dan bergaya’.
Alvin Tan bermula dari bawah dan telah berjaya dalam perniagaan membekal dan memasang permaidani. Permotoran merupakan minat Alvin Tan sejak kecil lagi. Beliau menerangkan mengenai perniagaannya dan penglibatannya dalam aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi yang telah disertai selama ini.
Turut dipaparkan satu segmen Cuit-Cuit JPJ dengan Dato’ Ir. Hj. Mohamed Dalib, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ mengenai aspek keselamatan dalam menyelenggara dan menunggang motosikal. Segmen terakhir ialah sedutan temubual dengan seorang lagi yang terlibat dalam hobi membawa motosikal berkuasa tinggi.
Episod seterusnya mendekati Pengarah Urusan dalam satu syarikat pembinaan, Shahwal yang bercerita kepada hos program mengenai perniagaannya, keluarganya dan minatnya dalam bidang permotoran iaitu membawa motosikal berkuasa tinggi. Beliau telah berkongsi pengalaman dan juga memberi nasihat kepada generasi muda bagaimana mencapai cita-cita mereka.
Dekati pula Fatimah Ahmad De Polo atau Kak Fa yang merupakan seorang ‘biker’ membawa motosikal kuasa berat. Pada usia 56 tahun beliau masih menunggang motosikal sebagai hobi bersama-sama sua-minya yang berasal dari Peru. Kak Fa juga banyak membuat kerja-kerja amal khusus bagi generasi muda di mana beliau memberi latihan aktiviti fizikal, keselamatan menunggang motosikal dan latihan lain bagi mengisi masa lapang mereka.
Episod berikutnya mengisahkan seorang peminat motosikal berkuasa tinggi, Anuar Che Embi atau Anuar Ace berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang yang menguruskan tiga jenis perniagaan iaitu menyelenggara dan membaiki motosikal berkuasa tinggi, perniagaan bio-teknologi dan juga teknologi maklumat. Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan dan sebagai seorang ‘biker’ serta seorang yang aktif dalam kerja-kerja amal dan kepimpinan beliau menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan adalah sesuai dengan tema program ini.
Kisah seorang peminat motosikal berkuasa tinggi, iaitu Wan Hisham Nor Wan Hj Wan Harun atau Wan Hong Kong kembali diceritakan. Beliau telah bermula kerjayanya sebagai seorang kerani dan setelah meningkatkan pelajarannya sehingga ke peringkat sarjana, beliau telah berjaya menjadi seorang pengurus.
Kejayaannya sesuai dengan tema rancangan yakni ‘berjaya dan bergaya’. Wan Hisham merupakan seorang ‘biker’ yang berpengalaman dan telah menjadi Ketua Marshall bagi beberapa ekspedisi. Beliau juga menggunakan permotoran ini sebagai wadah untuk menjalankan kerja-kerja amal bagi mereka yang memerlukan.
Episod seterusnya seorang suri rumah Norcilla Omar yang berminat menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak dari kecil. Beliau yang juga dikenali sebagai Chilla Lob ialah seorang bekas pramugari MAS. Kini beliau telah pun berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan menumpukan perhatian kepada penjagaan tiga orang cahaya matanya.
Beliau telah berkecimpung dalam aktiviti menunggang motosikal selama enam tahun. Beliau melakukan aktiviti ini bersama-sama suaminya sebagai riadah keluarga dan juga bersamasama bikerbiker wanita lain (Ladies of the Harley). Begitu juga episod mengundang Anita Yusof merupakan pensyarah wanita ini merupakan seorang biker yang lasak, berani dan suka mengembara secara solo. Ciri-ciri ini telah membolehkan beliau mencatit beberapa rekod seperti pengembara solo wanita muslim pertama mengelilingi dunia, rakyat Malaysia/ Melayu/muslim pertama yang menjadi duta jenama permotoran dunia yakni jenama GIVI. Pengembaraan solo Global Dream Ride yang beliau lakukan baru-baru ini telah membawa beliau merentasi 40 buah negara di empat benua sejauh 65,369 kilometer selama 370 hari. Pencapaian Anita diiktiraf oleh Asia Book of Records.
Episod berikutnya ke Kepala Batas, Pulau Pinang menemui Mira Yaacob atau nama gelaran Kak Mira. Seorang ahli perniagaan yang berperanan sebagai Pengarah Pusat Jagaan Ambulator di Klinik Dr Aqib dan surgeri, Mira Yaacob pernah pegang jawatan Presiden Lady Bikers Malaysia (2010-2016).
Pengalaman wanita ini semasa beliau bersama-sama suaminya di Bangladesh, mendorongnya untuk menjalankan kerja-kerja amal di Malaysia dan Bangladesh. Beliau aktif dalam Charity Ride seperti membantu mangsa banjir, bencana alam, anakanak yatim, Rumah OKU dan acaraacara seperti Citrawarna, Hari Kemerdekaan, Kanser, Rakan Belia Negeri dan lainlain.
Ikuti banyak lagi pengalaman menarik dikongsi penunggang motosikal berkuasa tinggi ini di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya di portal online, Myklik (myklik. rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.