Utusan Borneo (Sabah)

TIGA INDIVIDU DITAHAN

Bantu siasatan kes bunuh

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita dalam satu kemalangan yang diklasifik­asikan sebagai kes bunuh.

Mangsa dikenali sebagai L i sabi lah D u lima h ,28, berasal dari Kampung Tambalugu Tuaran ditemui meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Tuaran Bypass berhadapan Sekolah Agama Inanam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketigatiga suspek yang ditahan dipercayai terbabit dalam punca kematian mangsa yang juga rakan suspek semasa mereka dalam perjalanan balik menaiki kereta jenis Perodua Kelisa jam 5.30 pagi.

“Kejadian awal mendapati mangsa dan empat rakannya bertengkar di dalam kereta sebelum berlakunya kemalangan yang menyebabka­n mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan dan sedang menerima rawatan di hospital, manakala rakan mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Chandra berkata, pihak polis kemudian menahan dan mereman dua wanita dan seorang lelaki bagi membantu siasatan sehingga 14 Julai.

Beliau bagaimanap­un berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan dengan mengambil kira semua kemungkina­n dan meminta mana-mana saksi kejadian agar tampil menghubung­i polis untuk memberikan maklumat.

Tambahnya, beliau juga menafikan kejadian adalah kes ragut sepertiman­a yang ditularkan dan pihaknya meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaska­n siasatan.

Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian. KERETA Kelisa yang dinaiki mangsa dan suspek remuk teruk selepas kemalangan di Jalan Tuaran Bypass berhadapan Sekolah Agama Inanam pada Khamis.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian. KERETA Kelisa yang dinaiki mangsa dan suspek remuk teruk selepas kemalangan di Jalan Tuaran Bypass berhadapan Sekolah Agama Inanam pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia