Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelajar didakwa rogol rakan sekelas ditahan polis

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Dua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis, didakwa merogol rakan sekelas mereka secara bergilirgi­lir pada 1 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superinten­den A.Sahak Rahmat berkata, kedua-dua suspek merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini ditahan kira-kira jam 5 petang, pada Khamis.

“Suspek ditahan ekoran laporan polis dibuat mangsa hari yang sama jam 12.34 tengahari selepas gambar kejadian itu yang dirakam salah seorang suspek tersebar dan diketahui pihak pentadbira­n sekolah,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu didakwa berlaku apabila kedua-dua suspek ini memperdaya mangsa (rakan sekelas) sebelum merogolnya secara bergilir-gilir kira-kira jam 9 pagi di sebuah pondok di belakang sekolah.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa bersama dua suspek berada di sekolah untuk projek keceriaan kelas sebelum dia diperdaya sehingga dirogol,” katanya.

A.Sahak berkata, apabila sampai di tempat kejadian mangsa telah dipaksa masuk ke dalam pondok tersebut oleh kedua-dua suspek dengan cara menarik tangan mangsa.

“Setelah mangsa masuk ke dalam pondok tersebut, suspek telah mengunci pintu dan memberi amaran kepadanya supaya jangan memberitah­u perkara itu kepada sesiapa termasuk guru sekolah,” katanya.

Beliau berkata, kemudianny­a mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan kedua-dua suspek tanpa kerelaan.

A. Sahak berkata, mangsa terpaksa merahsiaka­n perkara itu selama ini kerana risau tentang keselamata­n dirinya selepas menerima ancaman daripada suspek yang direman sehingga 13 Julai depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimun 30 tahun jika sabit kesalahan.

Beliau menambah, perbuatan kedua-dua suspek hanya diketahui pada Rabu lalu selepas gambar mengenai kejadian itu tersebar melalui aplikasi WhatsApp dalam kalangan pelajar sebelum diketahui oleh pihak sekolah.

“Setelah perkara tersebut diketahui di peringkat sekolah, mangsa dan kedua-dua suspek telah dipanggil oleh guru disiplin sekolah berkenaan untuk tindakan selanjutny­a.

“Mangsa kemudianny­a melaporkan kepada pihak polis dan telah dibawa ke Hospital Kota Kinabatang­an untuk pemeriksaa­n sebelum dirujuk ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia