Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Raya Era tanda penghargaa­n Era FM Sabah kepada pendengar setia

Tanda penghargaa­n Era FM Sabah kepada pendengar setia

- Oleh ALFRED PETRUS

R

UMAH Raya Era meriah dengan kehadiran ramai peminat di puast membeli belah Grand Merdeka (GM) pada Sabtu.

Penganjura­n rumah terbuka Era FM Sabah adalah sebagai penghargaa­n kepada peminat atau pendengar setia stesen radio berkenaan khususnya di Sabah.

Acara berkenaan juga memberi peluang kepada pendengar Era FM Sabah untuk beramah mesra dengan penyampai-penyampai radio berkenaan.

Selain itu, rumah terbuka itu dimeriahka­n lagi dengan tetamu khas iaitu artis kelahiran Sabah Wani Has- rita dan Firman Bansir.

Dalam pada itu pelbagai acara diadakan seperti permainan untuk pengunjung yang hadir, Photobooth untuk Raya Paling Bergaya, pertanding­an Raja Karaoke, Swafoto Terbaik dan persembaha­n dari artis jemputan serta penyampai Era FM sendiri.

Pertanding­an Raya Karaoke berkenaan diadili oleh Penyampai Radio Era FM Sabah iaitu Kim, Nuborn Music Aegy dan Ketua Jabatan pusat membeli belah GM Juwendy.

Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah berupa telefon pintar Samsung Galaxy J7 Prime, Hamper sumbangan GM dan cenderahat­i Era FM.

Naib johan dan tempat ketiga pula membawa pulang hadiah berbentuk hamper sumbangan GM, cenderahat­i Era FM serta masing-masing mendapat baucer tunai RM100 dan RM50.

Bagi pertanding­an Raya Paling Bergaya, pertanding­an berkenaan dibahagika­an kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

Pemenang kedua-dua kategori membawa pulang hamper sumbangan GM dan cenderahat­i Era FM.

Manakala hadiah seperti baju PES, t-shirt Era FM dan Bento Box disediakan kepada peserta dan pemenang.

Sementara itu, Era Cruiser Team turut menyediaka­n hadiah misteri kepada pengunjung iaitu Barangan Era, baju PES, t-shirt Era FM, Bento Box dan botol minuman khas Era.

“Acara berkenaan juga memberi peluang kepada pendengar Era FM Sabah untuk beramah mesra dengan penyampai-penyampai radio berkenaan. Selain itu, rumah terbuka itu dimeriahka­n lagi dengan tetamu khas iaitu artis kelahiran Sabah Wani Hasrita dan Firman Bansir.”

 ??  ??
 ??  ?? GELAGAT para penyampai Era FM Sabah mengacarak­an rumah terbuka berkenaan.
GELAGAT para penyampai Era FM Sabah mengacarak­an rumah terbuka berkenaan.
 ??  ?? WANI (kanan) mesra melayan peminatnya ketika menghadiri Rumah Raya Era.
WANI (kanan) mesra melayan peminatnya ketika menghadiri Rumah Raya Era.
 ??  ?? SALAH seorang peserta pertanding­an Raya Karaoke dengan persembaha­n yang mantap.
SALAH seorang peserta pertanding­an Raya Karaoke dengan persembaha­n yang mantap.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N khas daripada Firman yang bertenaga.
PERSEMBAHA­N khas daripada Firman yang bertenaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia