Utusan Borneo (Sabah)

Syukuri kewujudan Tabung Haji: Juhar

Organisasi Islam cemerlang jaga kebajikan jemaah haji M’sia

-

RAKYAT Malaysia perlu bersyukur dan bangga dengan kewujudan Tabung Haji yang merupakan organisasi Islam cemerlang terutama dalam menjaga kebajikan jemaah haji negara setiap tahun.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Datuk Mahiruddin berkata, Tabung Haji telah membuktika­n keupayaan dalam mengurus perjalanan haji umat Islam negara, di samping memberi kemudahan dan keselesaan sepanjang di tanah suci.

“Pengurusan haji yang dikendalik­an oleh Tabung Haji adalah komprehens­if, efisien dan tersusun serta sentiasa mendapat pujian dari negara luar.

“Mengurus ribuan jemaah yang datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang di negara asing pastinya tidak akan dapat dilaksanak­an tanpa perancanga­n yang teliti dan komitmen yang tinggi oleh Tabung Haji.

“Apa yang penting pemberian subsidi oleh Tabung Haji banyak membantu jemaah terutama yang berpendapa­tan rendah untuk menunaikan haji.

“Alhamdulil­lah dan ucapan terima kasih kepada Tabung Haji,” katanya semasa merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Negeri (Zon Pantai Barat) di Masjid Universiti Malaysia Sabah, pada Sabtu.

Selain mendoakan kesihatan dan keselamata­n kepada para jemaah yang akan berangkat ke tanah suci, Juhar juga menyeru agar mereka sentiasa mematuhi peraturan yang dikeluarka­n dari semasa ke semasa supaya keselamata­n mereka terjamin sepanjang berada di sana dan seterusnya mengerjaka­n ibadat haji dengan sempurna.

Lebih 600 orang bakal jemaah haji menyertai kursus selama dua hari yang bertujuan memantapka­n lagi pengetahua­n berkaitan ibadah haji terutamany­a dari segi praktikal serta platform untuk memberikan maklumat terkini sebelum

“Mengurus ribuan jemaah yang datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang di negara asing pastinya tidak akan dapat dilaksanak­an tanpa perancanga­n yang teliti dan komitmen yang tinggi oleh Tabung Haji. Apa yang penting pemberian subsidi oleh Tabung Haji banyak membantu jemaah terutama yang berpendapa­tan haji.” rendah untuk menunaikan TUN DATUK SERI PANGLIMA DR. HAJI JUHAR DATUK MAHIRUDDIN, Yang Dipertua Negeri Sabah

mereka berangkat.

Tabung Haji juga melantik 120 orang tenaga pengajar atau pembimbing bagi memberi tunjuk ajar kepada para jemaah haji semasa mereka mengerjaka­n ibadat ketika berada di tanah suci nanti.

Hadir sama Toh Puan Hajjah Norlidah, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Madya Dr. Ismail Ali, Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Haji Bongsu Aziz Jaafar dan Pengarah Lembaga Tabung Haji Sabah Datin Hajjah Nuliila Haji Said.

 ??  ??
 ??  ?? JUHAR, Norlidah dan tetamu kehormat merakam gambar kenangan bersama sebahagian peserta Kursus Haji Perdana.
JUHAR, Norlidah dan tetamu kehormat merakam gambar kenangan bersama sebahagian peserta Kursus Haji Perdana.
 ??  ?? KEMERIAHAN AIDILFITRI: Hotel Shervinton Executive Boutique berkongsi keceriaan Aidilfitri bersama 20 orang anak yatim dan 10 orang tenaga pekerja dari Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh pada Khamis, di Tawau.
Pengurus Hotel Daniel Koh Boon Kun berkata,...
KEMERIAHAN AIDILFITRI: Hotel Shervinton Executive Boutique berkongsi keceriaan Aidilfitri bersama 20 orang anak yatim dan 10 orang tenaga pekerja dari Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh pada Khamis, di Tawau. Pengurus Hotel Daniel Koh Boon Kun berkata,...
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) JUHAR (dua kanan) menyampaik­an kelengkapa­n haji kepada peserta lelaki.
(Gambar kiri) JUHAR (dua kiri) bersuai kenal dengan peserta Kursus Perdana Haji dari Zon Pantai Barat.
(Gambar atas) JUHAR (dua kanan) menyampaik­an kelengkapa­n haji kepada peserta lelaki. (Gambar kiri) JUHAR (dua kiri) bersuai kenal dengan peserta Kursus Perdana Haji dari Zon Pantai Barat.
 ??  ?? NORLIDAH (kanan) turut menyampaik­an kelengkapa­n haji kepada peserta wanita.
NORLIDAH (kanan) turut menyampaik­an kelengkapa­n haji kepada peserta wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia