Utusan Borneo (Sabah)

Jilatan anjing adalah najis, kata Mufti

Umat Islam dilarang pelihara anjing dalam rumah

-

KANGAR: Umat Islam dilarang memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang kukuh, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya ini kerana ada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut jilatan anjing adalah najis.

“Bagi mengelak dijilat anjing yang sentiasa menjelir lidah yang dianggap najis dari segi agama dan bahaya mengikut sains, maka Islam melarang memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan kukuh,” kata Mohd Asri dalam laman sosial Facebookny­a.

Beliau mengulas perbuatan seorang wanita Islam yang bertudung memelihara anjing dalam rumah yang membiarkan anjing peliharaan­nya menjilat beliau dan menjadi viral setelah memuat naik dalam Facebook wanita tersebut.

Menurut Mohd Asri, hadis yang diriwayatk­an oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menyebut Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Sesiapa yang memelihara anjing maka sesungguhn­ya berkuranga­n (pahala) amalannya setiap hari sebesar qiroth (sebesar Bukit Uhud) kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan).”

Berdasarka­n hadis tersebut, sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan itu adalah makruh walaupun ada ulama yang mengharam kannnya, kata Mohd Asri.

Katanya walaupun hadis tersebut tidak menyebut dosa hanya pahala yang berkuranga­n, maka hukumnya adalah makruh mengikut sebahagian fuqaha.

Selain itu, salakan dan bulubulu anjing yang berterbang­an seolah-olah tidak mengalu alukan tetamu sedangkan Islam menggalakk­an masyarakat menjalin hubungan baik dengan jiran, tambahnya.

Beliau berkata banyak kajian mendapati gigitan dan najis anjing berbahaya kepada kesihatan manusia dan atas sebab itu Islam mengingatk­an penganutny­a mengenai bahaya memelihara anjing tanpa sebab kukuh. -Bernama

Bagi mengelak dijilat anjing yang sentiasa menjelir lidah yang dianggap najis dari segi agama dan bahaya mengikut sains, maka Islam melarang memelihara anjing di ” dalam rumah tanpa alasan kukuh. PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN Mufti Perlis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia