Utusan Borneo (Sabah)

BN terajui k’jaan Sabah tempoh lama

Konsep perkongsia­n kuasa diamalkan faktor utama

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) Sabah diketuai oleh Umno menerajui kerajaan negeri dalam tempoh yang lama.

Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi Perhubunga­n Umno negeri, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata BN ditunjungi oleh Umno merupakan sebuah parti yang menerajui kerajaan di negeri ini agak lama.

“Sejarah telah membuktika­n selepas Umno masuki Sabah membentuk BN dalam menerajui kerajaan negeri selepas diterajui awal oleh Upko diketuai oleh Tun Fuad Stephen, Usno oleh Tun Mustapa Haji Harun, Parti Berjaya diketuai Tan Sri Harris Salleh dan Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Pairin Joseph Kitingan,” katanya.

Jelasnya, ini sejarah Sabah dalam arena politik terajui kerajaan negeri sering bertukar ganti dan politik pada masa itu didorong oleh suku kaum masing-masing.

“Kerajan negeri masa itu tidak bertahan lama, sehingga hari ini BN diketuai oleh Umno menjadi bertahan lebih lama,” katanya.

Katanya, B N mengamalka­n konsep perkongsia­n kuasa serta saling hormat menghormat­i antara pelbagai, agama dan budaya yang membolehka­n kita terus bersatu dalam konsep BN.

“Kita tidak tamak, BN kongsi kuasa. Sekarang dalam kerajaan Sabah pun berkongsi dalam jemaah menteri bukan sahaja datang dari Umno tetapi dari partiparti kompenan lain seperti PBS, LDP, Upko dan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perwakilan Umno Bahagian Beluran di Dewan Hakka Batu 6 pada Sabtu.

Musa memberitah­u, BN ditunjangi oleh Umno telah menyediaka­n pelbagai projek pembanguna­n di semua kawasan termasuk Parlimen Beluran ini.

“Ini yang kita lakukan sebagai wakil rakyat BN yang diberi mandat untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita terus bekerja dan berusaha memajukan semua kawasan supaya tidak ketinggala­n dari arus pembanguna­n,” katanya.

Beliau juga sering mengingatk­an dan meminta semua wakil rakyat BN sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen agar bekerja dan sering turun ke kawasan dalam melaksanak­an tanggungja­wab setiap masa.

“Kita di BN bukan hanya datang apabila menjelang pilihanray­a sahaja. Bekerja setiap masa pada waktu sebelum, selepas dan semasa pilihanray­a. Ini yang BN amalkan, kita bekerja bukan bermusim,” katanya.

Musa memberi contoh di Parlimen Beluran, di mana banyak projek pembanguna­n telah disediakan seperti yang dipaparkan dalam video tadi dan ia yakin di mana Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee juga telah banyak berusaha membawa projek pembanguna­n tersebut.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah juga Adun Sugut, Datuk James Ratib berjaya membawa perubahan di kawasannya seperti diperlihat­kan dalam video pembanguna­n tadi,” katanya.

Beliau berkata, Sugut sudah jauh berubah dengan memiliki pelbagai pembanguna­n yang disalurkan oleh kerajaan BN walaupun terletak di kawasan luar bandar.

“Ini salah satu bukti kita bekerja untuk rakyat. Bukan sahaja di Beluran tetapi kita laksanakan di 60 kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah (negeri kedua terbesar di Malaysia),” katanya.

Beliau tahu rakyat tidak mudah percaya dengan parti pembangkan­g yang hanya datang apabila menjelang pilihanray­a.

Musa turut mengingatk­an ahli UMNO dan pemimpin di semua peringkat agar jangan bersengket­a dan elakkan perpecahan semasa sendiri.

“Pemimpin BN di kawasan jangan wujudkan ketidak sefahaman dan perpecahan kerana itu hanya merugikan parti BN sendiri. Kita adalah satu keluarga besar, apa juga masalah wujud selesaikan dalam meja rundingan,” katanya.

Musa tegaskan sebagai pemimpin perlu aga keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan. Apa sahaja kita lakukan tanpa kedua sikap tersebut sudah tentu tidak akan berjaya.

Dalam masa itu, beliau mahu semua p e mi min B N dan jawatankua­sa UMNO terus bekerja dengan lebih gigih dan berusaha membantu rakyat dan memberi kerjasama pada pemimpin di peringkat atasan agar agenda dibawah kerajaan mencapai sasaran.

Turut hadir Datuk James Ratib Ketua Bahagian Beluran; Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris; Ahli Parlimen Libaran selaku Wakil Badan Perhubunga­n Umno Sabah, Datuk Juslie Ajirol; Ketua Umno Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Puyon, Exco Puteri Umno Malaysia Julie Sabran; Ketua Wanita Umno Beluran Dayang Endang Datu Asibi; Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jamri dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Presiden Majlis Perbandara­n S andaka n (MPS) Datuk Ir. James Wong termasuk pemimpin pemimpin komponen BN.

“Kita di BN bukan hanya datang apabila menjelang pilihanray­a sahaja. Bekerja setiap masa pada waktu sebelum, selepas dan semasa pilihanray­a. Ini yang BN amalkan, kita bekerja bukan bermusim. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN Pengerusi BN Sabah

 ??  ?? MUSA bergambar bersama pemimpin Umno Beluran dan Zon Lima.
MUSA bergambar bersama pemimpin Umno Beluran dan Zon Lima.
 ??  ?? MUSA diiringi James sejurus tiba ke Mesyuarat Perwakilan Umno Beluran.
MUSA diiringi James sejurus tiba ke Mesyuarat Perwakilan Umno Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia