Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran RM150 juta

Sawit Kinabalu yakin mampu capai keuntungan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu mungkin mampu melepasi sasaran keuntungan ditetapkan sekiranya harga pasaran minyak sawit kekal baik seperti sekarang.

Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Othman Walat berkata, sasaran keuntungan tahun ini adalah RM150 juta.

“Sasaran (keuntungan) kita tahun ini RM150 juta. Jika situasi sekarang berterusan, kita mungkin akan melepasi sasaran ditetapkan. Namun, ia bergantung kepada harga (minyak sawit). Jika harga turun sedikit, kita mungkin hanya dapat mencapai sasaran.

“Namun sehingga kini, kita sudah mencapai sasaran, sehingga Mei kita mencapai (keuntungan sebelum cukai) RM64 juta,” katanya ketika ditanya mengenai prestasi Sawit Kinabalu pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sawit Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, biarpun keuntungan dicatatkan sekarang 15 peratus lebih tinggi berbanding jangkaan, namun dalam sektor pertanian apa sahaja boleh berlaku. Pengeluara­n buah sawit mungkin banyak tetapi, cabarannya adalah harga sawit.

“Sehingga Jun, harga pasaran minyak sawit mentah (CPO) agak baik. Jika dilihat pada awal tahun lalu, harga CPO adalah antara RM2,600-RM2,700 setiap metrik tan, manakala pada awal tahun ini harganya adalah RM3,200 setiap metrik tan.

“Pada dua bulan lalu harganya berada pada RM2, 800-2,900 setiap metrik tan,” katanya.

Mengenai prestasi pada tahun lalu, Sawit Kinabalu berjaya memperoleh keuntungan antara hampir RM160 juta.

“Walaupun pengeluara­n buah sawit menurun disebabkan Fenomena ElNino pada suku pertama tahun lalu namun, harga sawit yang baik pada suku kedua tahun lalu membolehka­n kita memperoleh keuntungan hampir RM160 juta.

“Sehingga Jun tahun lalu, kita tidak mencatatka­n sebarang keuntungan disebabkan keadaan cuaca dan tekanan harga. Hanya pada suku kedua barulah kita mencatatka­n keuntungan,” jelasnya.

Ditanya mengenai sektor perladanga­n sawit di negeri ini yang mungkin terjejas berikutan tindakan Kerajaan Indonesia menawarkan tanah untuk rakyatnya mengusahak­an tanaman sawit, Othman berkata sektor ini begitu luas dan permintaan terhadap minyak sawit juga meningkat.

Pasaran sawit tempatan tidak akan terjejas dengan langkah yang diambil negara jiran itu.

Majlis yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman itu menyaksika­n Musa menyampaik­an Duit Raya bagi pihak Sawit Kinabalu kepada kira-kira 70 kanakkanak yang hadir dalam majlis itu.

Sehingga Jun, harga pasaran minyak sawit mentah (CPO) agak baik. Jika dilihat pada awal tahun lalu, harga CPO adalah antara RM2,600-RM2,700 setiap metrik tan, manakala pada awal tahun ini harganya adalah RM3,200 setiap metrik tan. DATUK OTHMAN WALAT Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu

 ??  ?? MUSA dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin menyampaik­an Duit Raya kepada kanakkanak yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sawit Kinabalu, turut kelihatan Othman (kiri).
MUSA dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin menyampaik­an Duit Raya kepada kanakkanak yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sawit Kinabalu, turut kelihatan Othman (kiri).
 ??  ?? MUSA (dua dari kanan) diiringi Othman (paling kanan) disambut kakitangan Sawit Kinabalu.
MUSA (dua dari kanan) diiringi Othman (paling kanan) disambut kakitangan Sawit Kinabalu.
 ??  ?? MUSA (duduk, tengah) dan Faridah (duduk, tiga dari kanan) berbual mesra bersama para tetamu.
MUSA (duduk, tengah) dan Faridah (duduk, tiga dari kanan) berbual mesra bersama para tetamu.
 ??  ?? PARA kakitangan lelaki bersalaman dengan Musa.
PARA kakitangan lelaki bersalaman dengan Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia