Utusan Borneo (Sabah)

Anggap cabaran politik kini sebagai hikmah untuk terus bersatu-padu

-

KUBANG PASU: Anggota Umno perlu menjadikan cabaran politik kini sebagai hikmah untuk terus bersatupad­u mempertaha­nkan kelangsung­an parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) demi memartabat­kan kesucian agama Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata biarpun diasak dengan pelbagai ujian getir dalam landskap politik pada masa ini mereka perlu terus bangkit memastikan kelangsung­an perjuangan parti berada pada landasan yang membanggak­an.

“Hari ini ada pihak tertentu menidakkan perjuangan Umno terhadap Islam... saya boleh pastikan insyaAllah dengan mandat yang besar dalam pilihan raya akan datang, Umno tetap merupakan wadah meletakkan kesucian agama Islam dan kedudukan orang Melayu sebaris dengan bangsa dan agama lain.

Dalam keadaan kita diuji, suka tidak suka, kita kena bangkit membuat pilihan... susah payah macam mana pun kita kena tetap dengan Umno...tidak ada masa lagi untuk kita berpecahbe­lah sesama kita,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jerlun dekat sini, pada Sabtu

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan berkata sekiranya anggota Umno bertindak mengikut emosi serta taksub dengan individu tertentu ia boleh menjatuhka­n institusi parti itu.

Beliau berkata sepanjang perjalanan karier politik Umno menunjukka­n perpaduan dan kekuatan parti tidak datang dengan begitu mudah iaitu perlu melalui pelbagai sejarah getir berulang kali.

“Kita didewasaka­n dengan pelbagai cabaran dan melalui cabaran ini kita timba pengalaman …dimatangka­n dengan masalah. Saya cukup yakin kita akan menjadi lebih kuat, matang, kukuh dan bersatu-padu,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammudd­in berkata Umno sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14 pada bila-bila masa sahaja berikutan telah pun mempunyai kaedah tertentu yang luar daripada kebiasaan seperti sebelum ini.

“Kita memerlukan pendekatan yang luar kotak mengikut keadaaan hari ini...macam JR Plus (Jalinan Rakyat Plus) untuk dekati golongan sasar,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia