Utusan Borneo (Sabah)

Ambil serius pesanan kepimpinan tertinggi Umno

-

SEMPORNA: Semua anggota Umno Bahagian Semporna diingatkan supaya memandang serius pesanan kepimpinan tertinggi parti agar tidak terpedaya dengan analisis potensi Barisan Nasional (BN) boleh menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pemangku ketuanya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata, pembangkan­g mempunyai agenda sendiri bagi melekakan anggota Umno dengan pelbagai cara termasuk melaga-lagakan kepimpinan dan anggota parti selain mencipta andaian melalui kajian rambang.

“Kita jangan terlalu yakin (terhadap kajian rambang) kerana biasanya pihak pembangkan­g ini ada matlamat mereka untuk melekakan pihak Umno.

“Bagi menangkis keadaan ini, kita anggota Umno perlu terus bekerja, jangan berdiam, jangan khayal, atau mengikut rentak parti pembangkan­g,” katanya.

Beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan hari guru peringkat daerah di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatk­an agar anggota parti tidak terpedaya dengan analisis BN menang kerana terdapat pihak dalam pembangkan­g yang melakukan kajian rambang menunjukka­n seolaholah Umno dan BN masih boleh memerintah negara selepas PRU akan datang bagi menjatuhka­n BN.

Sementara itu, Nasir berkata ketika ini blok parti pembangkan­g sedang mencari kesilapan kerajaan ketika PRU semakin hampir.

“Mereka (parti pembangkan­g) mencari kelemahan kita (kerajaan) dan pada masa sama turut mendesak melakukan PRU dalam masa terdekat ini,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata kerajaan mempunyai perancanga­n teratur dalam memastikan rakyat dan negara seiring membangun. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia