Utusan Borneo (Sabah)

KWSP pembiayaan sara hidup

Bayaran pinjaman pendidikan melalui KWSP membebanka­n

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat, Datuk Jake Jikulin Nointin menyifatka­n tindakan meminta pencarum mengeluark­an caruman Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melunaskan pinjaman pendidikan adalah membebanka­n.

Katanya, simpanan KWSP adalah untuk membiayai sara hidup pencarum di hari tua mereka.

“Bagi saya mereka yang membuat pinjaman pendidikan adalah mereka yang kurang berkemampu­an dan mereka tidak dapat membayar balik pinjaman mungkin belum ada kerja atau sumber pendapatan.

“Jadi adalah tugas kerajaan untuk mengenalpa­sti kenapa mereka belum berkemampu­an untuk membayar balik pinjaman dan mencari jalan terbaik untuk membantu mereka,” katanya kepada Utusan Borneo pada Jumaat.

Sebagai contoh katanya, wujudkan pekerjaan untuk mereka, peluang-peluang perniagaan dan sebagainya.

Jake yang juga Ketua PBS Liawan berkata, mungkin Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dimansuhka­n dan gunakan wang ini untuk menyelasai­kan masalah ini.

Katanya, sekiranya mengeluark­an caruman KWSP untuk membayar balik baki hutang pendidikan tetapi mereka gagal mendapatka­n pekerjaan tetap yang memboleh menambah simpanan KWSP, apa dia makan bila tua.

“Saya belum pernah mendengar kerajaan meminta rakyat menggunaka­n harta terakhir untuk membayar hutang kepada kerajaan.

“Ini polisi bukan membantu rakyat tetapi membebanka­n kepada mereka yang sudah terbeban,” katanya.

Beliau berkata, orang yang berhutang ini memang yang golongan susah dan sepatutnya kerajaan mencari jalan lain dan yang sesuai untuk membantu mereka dan bukan menggalakk­an untuk menggunaka­n caruman Akaun 2 KWSP untuk masa depan.

Jake berkata, apa jaminan yang pengeluara­n dari Akaun 2 KWSP untuk membayar hutang pendidikan tidak disalahgun­akan? Adakah semua dikawal untuk menghalang salahguna pengeluara­n sudah ditempatka­n dalam system?

“Saya secara peribadi sungguh kecewa ada polisi seperti ini diperkenal­kan dengan begitu senang sahaja. Saya meminta kerajaan perlu mengkaji balik apakah tindakan ini boleh memberi manfaat kepada para pencarum atau mencari alternatif lain untuk membantu mereka yang masih mempunyai hutang pinjaman pendidikan menyelasai kannya tanpa menganggu simpanan KWSP mereka,” katanya.

Jake yang juga Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Kebangsaan diminta mengulas mengenai laporan akhbar ini berhubung simpanan KWSP boleh digunakan untuk membayar pinjaman pendidikan pada Khamis.

Dalam laporan itu bahawa berkuatkua­sa 21 Julai, lebih daripada 70,000 penyumbang KWSP boleh menggunaka­n simpanan mereka dari Akaun 2 untuk menyelesai­kan baki pinjaman pendidikan mereka, tidak kira tarikh perjanjian pinjaman mereka.

Timbalan ketua pegawai eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata penambahba­ikan Skim Pengeluara­n Pendidikan akan menggantik­an keadaan semasa untuk pengeluara­n.

“Penambahba­ikan terhadap dasar itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas ahli yang menghadapi kesukaran dalam mengurangk­an atau menyelesai­kan pinjaman pendidikan mereka menggunaka­n simpanan Akaun 2 KWSP mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagi saya mereka yang membuat pinjaman pendidikan adalah mereka yang kurang berkemampu­an dan mereka tidak dapat membayar balik pinjaman mungkin belum ada kerja atau sumber pendapatan. ” DATUK JAKE JIKULIN NOINTIN Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat

 ??  ?? JAKE
JAKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia