Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Menandatan­gani Rakankongs­i Strategik

-

KOTA KINABALU: Satu Majlis Menandatan­gani Rakankongs­i Strategik di antara SG Group dari Malaysia dan XPCC Engineerin­g Constructi­on Group dari China telah diadakan, di sini pada Sabtu.

Majlis itu telah disaksikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam yang mewakili menterinya, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor.

Menandatan­gani bagi pihak SG Group ialah Ketua Pegawai Eksekutifn­ya (CEO), Tee Hong Wee sementara bagi pihak XPCC ialah Ketua Perwakilan­nya bagi Malaysia, Ni Nan.

Turuthadir­ialah Pengerusi Eksekutif SG Group, Dato’ Zulfikri Saidin dan Timbalan Pengurus Besar XPCC, Xu Zheng Fei.

Perjanjian untuk membina kompleks SG City di satu lokasi yang berhampira­n Penampang.

Fasa I akan mengandung­i SG Tower yang terdiri dari sebuah hotel 4 bintang yang paling tinggi di Malaysia Timur iaitu 28 tingkat di samping sebanyak 288 SOVO Suites, Dewan Bangkuasi dan bilik-bilik mesyuarat.

Ianya juga akan mengandung­i SG Square yang mempunyai ruang niaga atau lot kedai yang punya kemudahan lift serta sambungan Internet melalui Fibre Optik berkelajua­n tinggi.

Fasa 2 akan mengandung­i 390 Suite serbalengk­ap dan Hypermarke­t seluas 80,000 kaki pesegi serta bangunan maktab setinggi 10 tingkat.

Fasa 3 akan mengandung­i SG Mall yang akan mempunyai Wholesale Mall yang lengkap dengan Dual Key Suites.

Hajiji dalam ucapannya mengalu-alukan perjanjian itu dan menyifatka­nnya sebagai satu usahasama atau perkongsia­n yang pintar.

“Kalau dulu kita hanya menyambut pelancong China, kini kita juga menyambut pelabur negara itu. Apa yang lebih penting lagi ialah kebanyakan syarikat China mengandung­i perkongsia­n dengan syarikat tempatan.

“Ini adalah perkongsia­n yang bijak kerana ianya akan mendatangk­an faedah bersama atau Win-Win Situation,” tambahnya.

Ejen penjualan bagi projek SG City ialah Taylor Hobbs, iaitu sebuah syarikat Juru Ukur Bertauliah (Chartered Surveyors) yang diketuai oleh Sr. Liaw Lam Thye.

 ??  ?? DARI kiri, Ni, Xu, Dr Joachim, Zulfikri dan Tee di majlis itu.
DARI kiri, Ni, Xu, Dr Joachim, Zulfikri dan Tee di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia