Utusan Borneo (Sabah)

Masa depan alam sekitar Sabah cerah

Hasil komitmen ditunjukka­n kalangan pelajar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penyertaan ramai pelajar dalam kempen menjaga alam sekitar memberikan satu gambaran bahawa Sabah mempunyai potensi besar bagi mengekalka­n keindahan persekitar­an pada masa hadapan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, penyertaan bersama di antara kerajaan negeri dan para sekolah dalam pergerakan global ke arah menjaga persekitar­an adalah satu usaha yang membanggak­an.

“Ilham yang dilahirkan para pelajar ini mungkin boleh dijadikan penemuan baharu seterusnya mampu mempromosi­kan idea kitar semula dan membantu memulihara alam sekitar yang terjejas akibat aktiviti manusia.

“Walaupun akan mengambil tempoh masa yang lama untuk kita menghilang­kan kesan negatif dilakukan terhadap alam sekitar, tetapi dengan setiap tindakan positif yang diambil, usaha itu akan memberikan satu impak positif kepada persekitar­an seluruh dunia,” katanya ketika dalam Majlis Penutupan Hari Alam Sekitar Sedunia di Institut Sinaran pada pagi Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar Mohammad Yusrie Abdullah.

Masidi berkata, usaha acara sedemikian penting kerana aktiviti-aktiviti dan idea yang dilahirkan mampu menggalakk­an generasi muda mengikuti tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini iaitu ‘Connecting People to Nature’.

Katanya, Sabah kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak asli, gas, kayu dan kelapa sawit. Ini adalah sasaran utama aktiviti eksport negeri untuk mengekalka­n ekonomi.

“Bagaimanap­un, sejak beberapa tahun ini, disebabkan aktiviti pembalakan dan pertanian dilakukan secara agresif, hutan hujan kita telah mengalami kesan negatif seterusnya mengancam kehidupan ekosistem dan biodiversi­ti.

“Sebagai contoh, badak sumatera iaitu haiwan terkecil dalam spesiesnya yang kini hanya tinggal dua sahaja selamat di Malaysia sejak seekor daripada haiwan itu mati akibat penyakit barah.

“Spesiesi terancam itu turut menjadi mangsa kepada pemburu haram dan juga kesan pembalakan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri telah mengambil langkah berani untuk mengutamak­an alam semula jadi daripada memberi tumpuan kepada janaan pendapatan berasaskan aktiviti pembalakan.

Turut Hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pentadbir Institut Sinaran Fong Tet Kong dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sinaran Marie Yong.

“Penyertaan bersama di antara kerajaan negeri dan para sekolah dalam pergerakan global ke arah menjaga persekitar­an adalah satu usaha yang membanggak­an.” DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? YUSRIE (dua kanan) menyerahka­n sijil kepada salah seorang peserta, turut kelihatan ialah Fong (kanan) dan Marie (kiri).
YUSRIE (dua kanan) menyerahka­n sijil kepada salah seorang peserta, turut kelihatan ialah Fong (kanan) dan Marie (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia