Utusan Borneo (Sabah)

Angkasa galak anggota koperasi sumbang dalam Tabung Infaq

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Anggota koperasi disaran untuk terus menyumbang dalam Tabung Infaq Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Naib Presiden Angkasa Mohamad Azmi Omaruddin berkata, dana yang dikumpulka­n dalam Tabung Infaq Angkasa itu bukan hanya digunakan untuk membantu anggota koperasi tetapi juga membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Sejak diwujudkan lima tahun lalu, tabung berkenaan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk membantu koperasi/ahli koperasi yang berdepan dengan masalah kewangan.

“Ia juga digunakan untuk membantu mana-mana individu dan persatuan yang memerlukan ,” katanya.

Beliau berkata, amalan membantu golongan yang memerlukan sebegitu sudah sebati dengan aktiviti bersedekah yang dilakukan Angkasa.

Sehingga kini, Tabung Infaq menerima RM7 juta hasil sumbangan ahli Angkasa, anggota koperasi, kakitangan kerajaan serta individu perseorang­an.

Dalam jamuan Majlis Rumah Terbuka Angkasa kali ini juga memperliha­tkan tiga buah koperasi menyampaik­an sumbangan kepada Tabung Infaq. Sumbangan ini diharap terus diberikan pada masa akan datang.

Walaupun dana disumbangk­an tidak banyak namun, apabila ia dikumpulka­n dengan sumbangan daripada pihak lain, jumlahnya akan menjadi besar.

Menurutnya, di peringkat negeri, pihaknya meminta Angkasa negeri membeli bangunan untuk disewakan dan hasil sewa itu disumbangk­an semula kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Pengerusi Angkasa Sabah Datuk Noraini Salleh berkata, tahun ini mereka memberikan sumbangan kepada tiga badan koperasi di Lahad Datu, Tawau dan Ranau.

 ??  ?? MOHAMAD AZMI (duduk-dua kiri) dan Noraini (duduk-dua kanan) bergambar bersama pegawai kanan Angkasa serta tetamu lain yang hadir.
MOHAMAD AZMI (duduk-dua kiri) dan Noraini (duduk-dua kanan) bergambar bersama pegawai kanan Angkasa serta tetamu lain yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia