Utusan Borneo (Sabah)

Tunggu hingga siasatan selesai

Kehilangan kontena mengandung­i peralatan radar tentera berteknolo­gi tinggi

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Pertahanan menyerahka­n kepada pihak berkuasa berkaitan bagi menyelesai­kan siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena yang dipercayai mengandung­i peralatan radar tentera berteknolo­gi tinggi di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor

baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata ini kerana kes berkenaan ada kaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga kementeria­n lain.

“Kalau itu isu di peringkat Kastam dan kalau ada kaitan dengan anggota kita yang terlibat, saya tidak pernah melindungi mana-mana mereka yang meletakkan diri mereka melebihi undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Ketereh di Kadok di sini, pada Sabtu.

Hishammudd­in yang juga Naib Presiden Umno berkata ketika siasatan belum selesai, jangan ada pihak membuat tuduhan yang melulu seolaholah memutuskan mereka yang tidak berdosa dikatakan sudah bersalah.

“Dalam konteks keselamata­n ini bahaya, dengan moral anggota tentera yang sekarang ini diminta menjaga kesalamata­n kita semua, dalam keadaan di Selatan Mindanao cukup membimbang­kan.

“Kalau diserang bertubitub­i dengan isu-isu yang belum selesai siasatan, saya nak pertahanka­n ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kerana mereka mempunyai tugas yang lebih besar untuk memastikan keselamata­n, keamanan, ketenteram­an dan kedudukan negara kita dalam rantau di mana Daesh telah bertapak iaitu di Marawi, Filipina,” kata Hishammudd­in.

Beliau mengingat semua pihak supaya tidak menjejaska­n urusan penting dan moral anggota ATM.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris barubaru ini melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia yang mengandung­i peralatan radar tentera berteknolo­gi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Ia memetik sumber sebagai berkata barang terbabit sepatutnya di hantar ke Belanda, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabka­n ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraa­n yang dibawa masuk dan keluar dari manamana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).Bernama

“Kalau itu isu di peringkat Kastam dan kalau ada kaitan dengan anggota kita yang terlibat, saya tidak pernah melindungi mana-mana mereka yang meletakkan diri mereka melebihi undang-undang,”

 ?? -Gambar Bernama ?? DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN HISHAMMUDD­IN (tengah) bersama perwakilan Umno melaungkan gelombang merah selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, pada Sabtu.
-Gambar Bernama DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN HISHAMMUDD­IN (tengah) bersama perwakilan Umno melaungkan gelombang merah selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, pada Sabtu.
 ?? -Gambar Bernama ?? HISHAMMUDD­IN hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok pada Sabtu.
-Gambar Bernama HISHAMMUDD­IN hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia