Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno perlu belajar daripada peristiwa 2008

-

BERA: Anggota Umno diingatkan supaya belajar daripada kesilapan pada pilihan raya umum (PRU) 2008 yang menyaksika­n pembangkan­g menawan lima negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peristiwa itu seharusnya mengajar anggota parti untuk tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya melipatgan­dakan usaha untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang.

Katanya, isu berkaitan kuasa adalah perkara yang tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dengan taktik pembangkan­g yang sanggup menyebarka­n fitnah dan bersekongk­ol dengan negara asing untuk menjatuhka­n kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak perlu kita layan atau beri fokus pada perkara lain. Pergi kepada persiapan pilihan raya sahaja kerana kita tidak boleh main-main dalam hal berkaitan kuasa yang mana pembangkan­g boleh duduk bersama-sama tubuh Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.

“Mereka masing-masing cuba untuk meraih sokongan dan kita kena beringat bahawa walaupun mereka ada Tun M (Dr Mahathir Mohamad) atau Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin), ketua mereka masih Lim Kit Siang (penasihat DAP),” katanya semasa merasmikan persidanga­n perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera di sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ketua Umno Bahagian Bera.

Turut hadir barisan kepimpinan parti bahagian iaitu Sabariah Saidan (Wanita), Mohd Zoolihsan Ahmad (Pemuda) dan Salmiah Ab Rahman (Puteri), Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan Datuk Fadil Osman dan ADUN Guai Datuk Norol Azali Sulaiman.

Mahdzir juga menyifatka­n bahawa anggota Umno seharusnya menanam sikap setia kepada pemimpin dan seharusnya berlapang dada untuk berbincang dalam mencari penyelesai­an kepada sebarang permasalah­an yang wujud dalam parti.

“Tidak seharusnya bila ada masalah, keluar memburukka­n pemimpin atau negara kepada negara asing atau memanggil media asing sedangkan sebelum itu sudah 22 tahun berada bersama parti,” katanya.

Mahdzir juga menegaskan Umno bukan sebuah parti bersikap perkauman, walaupun memperjuan­gkan keistimewa­an orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata perkara itu terbukti apabila sekolah vernakular masih dibenarkan beroperasi walaupun Umno telah menerajui pimpinan negara sejak merdeka.

“Malah, kebajikan anak Orang Asli juga dijaga. Setakat ini, terdapat 90 sekolah khusus untuk anak Orang Asli di Semenanjun­g dan daripada jumlah itu, 55 sekolah dilengkapi kemudahan asrama,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? TERTARIK: Seorang peminat seni melihat hasil karya siri arca yang dibentuk daripada tembaga dan dilukis menggunaka­n tangan bernama ‘Flash Corps’ pada Majlis Pelancaran Galeri Seni Ken di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail.
GambarBern­ama TERTARIK: Seorang peminat seni melihat hasil karya siri arca yang dibentuk daripada tembaga dan dilukis menggunaka­n tangan bernama ‘Flash Corps’ pada Majlis Pelancaran Galeri Seni Ken di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia