Utusan Borneo (Sabah)

Anggota skim rondaan turut diminta bantu polis kurangkan kegiatan jenayah

-

KOTA BHARU: Kira-kira 100,000 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara diminta memainkan peranan lebih aktif sebagai rakan strategik kepada pasukan polis bagi mengurangk­an kegiatan jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata mereka boleh melaksanak­an pelbagai program dengan melibatkan masyarakat di kawasan masing-masing bagi mencapai matlamat tersebut.

“Bagi mengekal dan menurunkan kadar jenayah ke paras yang lebih rendah adalah amat mencabar memandangk­an ekspektasi danharapan yangdileta­kkan oleh rakyat di bahu kerajaan amat tinggi.

“Cabaran terbesar bukan hanya meneruskan momentum ini tetapi memastikan masyarakat terus merasa selamat dan sejahtera,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Muhibbah dan Jom Ronda Perdana Daerah Kota Bharu di sini malam Sabtu.

Beliau berkata sehingga Mei lepas, terdapat 4,959 SRS yang ditubuhkan di bawah 7,821 kawasan Rukun Tetangga (RT) di seluruh negara.

“Bagi mencapai hasrat tersebut (mengurangk­an jenayah), generasi muda perlu turut dilibatkan secara lebih meluas dengan menjadi anggota SRS dan memberi peluang kepada mereka untuk berganding bahu dengan kepimpinan utama RT sebagai langkah mengalih perhatian daripada menjalanka­n perkara yang tidak berfaedah,” kata Kurup.

Sementara itu, beliau berharap RT yang mempunyai keanggotaa­n lebih 196,000 orang di seluruh negara dapat menganjurk­an pelbagai program bagi mengekalka­n keharmonia­n dan perpaduan kaum.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Baharin Idris dan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hasan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia