Utusan Borneo (Sabah)

Taska di kawasan terkesan rabies diminta berjaga-jaga

-

KUCHING: Taman asuhan kanak-kanak (Taska) di sekitar kawasan terkesan penularan wabak anjing gila atau rabies telah diarahkan supaya berjaga-jaga, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata langkah berkenaan perlu diambil bagi mengelak kanak-kanak diserang haiwan seperti anjing atau kucing yang terkena virus tersebut.

“Tidak ada penutupan (taska) tetapi perlu memainkan peranan untuk berjagajag­a khususnya di kawasan terbabit.

Kita tidak tahu haiwan mana yang membawa virus tersebut jadi buat masa ini jauhkan diri daripada anjing dan kucing paling utama jangan mengacau seperti baling batu dan sebagainya untuk mengelak daripada diserang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang masih dirawat dan dikategori­kan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak di sini pada Sabtu.

Pada 4 Jun lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang merupakan adik-beradik, dari Kampung Paon, Sungai Rimu Bakung, Serian, meninggal dunia.

Ketika ditanya mengenai mangsa ketiga itu, Rohani berkata mangsa masih mendapatka­n rawatan.

“Mangsa masih menerima rawatan. Berkenaan keluargany­a kita akan berikan bantuan kaunseling namun ketika ini mereka (keluarga mangsa) memberi fokus kepada anak mereka, saya rasa berkenaan bantuan kaunseling akan ditentukan kemudian bukan dalam keadaan sekarang,” katanya sambil menambah ibu kanakkanak tersebut juga dalam tempoh berpantang ketika ini.

Rohani juga memaklumka­n dalam lawatan tersebut beliau sempat bertemu seorang lagi kanak-kanakperem­puan yang sedang mendapatka­n rawatan saringan bagi menentukan sama ada dijangkiti rabies atau tidak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia