Utusan Borneo (Sabah)

Kota Lama Hebron tapak warisan dunia

Penetapan UNESCO atas tuntutan Palestin cetus kemarahan penjajah rejim Israel

-

WARSAW: UNESCO kelmarin mengisytih­arkan Kota Lama Hebron sebuah tapak warisan dunia Palestin yang terancam, seterusnya mencetuska­n kemarahan rejim Israel yang berkata keputusan itu menafikan tuntutanny­a ke atas gua pengebumia­n purba yang juga suci bagi orang Muslim.

Makam Patriark, dikenali dalam Islam sebagai Masjid Ibrahami, dihormati penganut kedua-dua agama sebagai tapak perkuburan patriark Abraham (Nabi Ibrahim), anaknya Isaac (Nabi Ishak) dan cucunya Jacob (Nabi Yaakub).

Cabang kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi 12 berbalas tiga dengan enam pengecuali­an untuk memberi status warisan dunia kepada teras kota purba itu di Tebing Barat yang masih dijajah Israel dan didiami lebih 200,000 orang Palestin dan beberapa ratus peneroka haram Yahudi yang dilindungi tentera rejim.

“Baharu ditulis dalam @ UNESCO #Senarai Warisan Dunia & Senarai Warisan Dunia dalam Bahaya: Hebron/ Bandar Lama Al-Khalil,” kata organisasi itu dalam saluran Twitter rasminya.

Undian itu mengundang kecaman tajam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang menganggap ia sebagai satu lagi keputusan yang memperdaya­kan oleh UNESCO, manakala Amerika Syarikat (AS) mengumumka­n ia akan meneliti semula hubungan dengan agensi tersebut.

“Kali ini mereka memutuskan Makam Patriark di Hebron adalah tapak Palestin, yang bermakna bukan tapak Yahudi, dan ia dalam bahaya,” kata Netanyahu yang bercakap dalam bahasa Ibrani dalam video dalam talian.

Sementara itu, duta AS ke PBB Nikki Haley menyifatka­n keputusan itu sebagai satu penghinaan kepada sejarah.

AS berhenti membiayai UNESCO pada 2011 selepas ia memasukkan Palestin seLIMA: bagai negara anggota, tetapi masih menjadi ahli lembaga eksekutif badan tersebut yang mempunyai 58 anggota.

Dikemukaka­n Palestin, ketetapan itu mengisytih­arkan Kota Lama Hebron sebagai kawasan dengan nilai sejagat luar biasa.

Ketetapan dipercepat kerana tapak itu terancam, di mana Palestin menuduh rejim melakukan pelanggara­n yang membimbang­kan termasuk vandalisme dan kerosakan harta benda.

Kementeria­n luar Palestin menganggap keputusan kelmarin sebagai kejayaan dalam usaha diplomatik­nya walaupun rejim Israel melancarka­n kempen untuk menyebarka­n pembohonga­n dan memutar belit fakta mengenai hak Palestin.

Israel sudah lama menuduh PBB berat sebelah dan beberapa pertikaian menyasari pertubuhan itu, di mana Presiden Palestin Mahmud Abbas cuba memperjuan­gkan negaranya.

Mei lalu, UNESCO meluluskan ketetapan yang mengecam peranan Israel sebagai ‘kuasa penjajah’ di timur Baitulmaqd­is dalam satu lagi keputusan yang dikecam rejim yang menganggap seluruh kota itu sebagai ibu kotanya.

Hebron didakwa sebagai salah satu kota paling lama di dunia, bermula zaman Chalcolith, lebih 3,000 tahun Sebelum Masihi.

Pada pelbagai zaman, ia pernah ditakluki bangsabang­sa Romawi, Yahudi, Pejuang Salib dan Mamluk.

Ia juga merupakan simbol ketara konflik Israel-Palestin.

Beberapa ratus peneroka Yahudi hidup dalam keadaan tertutup di beberapa penempatan kecil haram dan penduduk Palestin umumnya dilarang memasuki dan menggunaka­n jalan-jalan berdekatan.

Israel merampas Tebing Barat sewaktu Perang 1967 dalam tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang oleh PBB.

Jawatankua­sa UNESCO biasanya mengundi dengan mengangkat tangan tetapi kali ini, Croatia, Jamaica dan Poland meminta undian rahsia, yang mencetuska­n perbincang­an hangat yang memaksa pengerusi memanggil pengawal keselamata­n.

Satu lagi insiden menarik berlaku apabila duta Israel ke UNESCO Carmel Shama Hacohen yang berucap selepas undian tetapi asyik diganggu deringan telefon bimbitnya.

“Tuan Pengerusi, panggilan daripada tukang paip dari pangsapuri saya di Paris, tandas saya ada masalah besar.

“Dan ia jauh lebih penting daripada keputusan yang baharu anda luluskan,” sindirnya.

Duta Israel ke PBB Danny Danon turut mengulas mengenai undian itu yang disifatkan­nya memalukan dan menyinggun­g perasaan.

“Ini adalah satu pertunjuka­n diskrimina­si hodoh dan tindakan keganasan ke atas bangsa Yahudi. “Tiada @agensi PBB yang dapat memisahkan bangsa kami dari tapak pengebumia­n patriark dan matriark kami.”

Dengan menyenarai­kan tapak dalam senarai Warisan Dunia dalam Bahaya, UNESCO mahu menggerakk­an masyarakat antarabang­sa untuk melindungi­nya sekali gus membolehka­n peruntukan bagi bantuan segera daripada Tabung Warisan Dunia untuk tapak berkenaan.

Awal minggu ini, jawatan-kuasa menambah pusat bersejarah di Vienna ke dalam senarai tapak terancam tetapi enggan menyenarai­kan Terumbu Karang Besar di Australia di sebalik kebimbanga­n mengenai pelunturan karang.

 ??  ?? SEORANG lelaki Palestin dan anaknya kelmarin melihat penempatan haram peneroka Yahudi yang melatari Tebing Barat, Hebron. — Gambar Reuters
SEORANG lelaki Palestin dan anaknya kelmarin melihat penempatan haram peneroka Yahudi yang melatari Tebing Barat, Hebron. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia