Utusan Borneo (Sabah)

Fujimori dikejarkan ke hospital

-

Bekas pemimpin Peru Alberto Fujimori dikejarkan ke hospital kelmarin dari penjara selepas menunjukka­n tanda hipertensi dan degupan jantung tidak menentu, kata doktornya.

Kejadian tersebut menyusuli kenyataan Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski bahawa pengampuna­n bagi Fujimori tidak akan diberi segera, tetapi bergantung kepada laporan perubatan yang kemungkina­n dikeluar-kan hujung tahun ini.

Fujimori, yang akan berusia 79 tahun pada 28 Julai, dipenjara pada 2007 kerana peranannya dalam pembunuhan oleh skuad maut yang menyasari suspek yang disyaki gerila pada zaman 1990-an.

Dia turut didapati bersalah atas tuduhan menggelapk­an wang dan rasuah.

“Kami sudah membawanya ke klinik pada malam tadi,” kata doktor Fujimori, Alejandro Aguinaga, sambil menambah bekas pemimpin itu menunjukka­n tanda krisis hipertensi dengan degupan jantung tidak menentu dan akan dinilai.

Beliau menjalani ujian sebelum doktor menentukan sama ada dia harus ditahan di hospital atau dibawa balik ke ibu pejabat polis di sebuah bandar pinggir Lima di mana beliau dipenjara.

Fujimori sebelum ini mengalami beberapa masalah kesihatan, dan pada Mei lalu dimasukkan selama seminggu ke hospital kerana masalah jantung.

Beliau juga keluar masuk hospital kerana masalah sakit belakang dan perut selain ketumbuhan pada lidahnya, yang dbedah beberapa kali kerana kanser.

Undang-undang Peru membolehka­n presiden untuk memberi pengampuna­n sempena Hari Kemerdekaa­n yang disambut pada 28 Julai dan Krismas.

Kucynski memberitah­u sebuah stesen radio tempatan kelmarin bahawa beliau menjangkak­an keputusan sebelum hujung tahun berdasarka­n pendapat profesiona­l mengikut saranan perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia