Utusan Borneo (Sabah)

Karier seni dalam dunia global

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SETIAP tahun ribuan graduan jurusan seni meninggalk­an institut pengajian tinggi sama ada institusi awam mahu pun swasta untuk mencari pekerjaan.

Ke manakah arah mereka pergi? setelah bertungkus lumus mencari ilmu seni yang mereka minati dan membelanja­kan ongkos yang banyak sama ada secara sukarela mahupun tidak.

Mobiliti atau pergerakan graduan seni setelah tamat pengajian bertaburan segenap tempat dan organisasi yang menawarkan pekerjaan yang berkait dengan bidang seni di setiap bandar dan kota di negara ini.

Seni sudah lama menjadi salah satu karier pilihan dalam pasaran pekerjaan sejak sebelum merdeka lagi sebagai contoh angkatan P.Ramlee dan bintang filem Melayu, pandai tukang Melayu penari Diraja dan istana dan sebagainya. Selepas merdeka kerjaya dalam seni berlipat ganda kerana keperluan masyarakat terutamany­a bidang hiburan dan gunaan.

Seterusnya pada tahun 70an seni menjadi lebih menyerlah sebagai salah satu pilihan anak muda untuk melanjutka­n pelajaran mereka peringkat institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Sejak industri kreatif dilancarka­n di Eropah pada awal tahun 1980an seni menjadi semakin rancak dan berjaya menjana ekonomi negara maju seperti Amerika dan Eropah maka terdapat ribuan pekerjaan yang berasaskan seni. Industri seni atau Creative

Industry adalah perniagaan yang melibatkan kreativiti individu, keterampil­an, dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalaka­n dan eksploitas­i harta intelek.

Ia juga menawarkan pekerjaan dalam bidang seni visual, seni per sembahan ,seni perfileman, seni lakonan, seni bina, seni sastera dan penulisan, seni hiburan dan ribuan disiplin seni gunaan yang melengkapk­an kehidupan masa kini.

Atas kesedaran serta perkembang­an ekonomi dunia pihak kerajaan menyedari bahawa rakyat negara ini mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi negara berpendapa­tan tinggi.

Justeru itu kerajaan melancarka­n Dasar Kreatif Industri Negara (DKIN) bagi melonjakka­n program tersebut agar mempercepa­tkan memberi kebaikan kepada pertumbuha­n negara maju. Secara terperinci industri kreatif terbahagi kepada dua, iaitu Industri Kreatif Multimedia dan Industri Kreatif Seni Budaya.

Industri Kreatif Multimedia terdiri daripada industri-industri yang mengaplika­sikan kemajuan teknologi terkini dalam menghasilk­an produk-produk kreatif. Antara industri di bawah kategori ini adalah (i) Penerbitan Filem dan TV; (ii) Pengiklana­n; (iii) Seni Reka; dan (iv) Animasi dan Kandungan Digital.

Industri Kreatif Seni Budaya adalah yang berkaitan dengan penghasila­n karya-karya seni yang bercirikan budaya Malaysia seperti, Kraf; Seni Visual, Seni Muzik; Seni Persembaha­n; Penulisan Kreatif; serta Fesyen dan Tekstil.

Justeru itu industri tersebut memerlukan ramai pekerja yang menyumbang tenaga dan kepakaran secara langsung atau pun tidak langsung umpamanya membantu di bidang teknikal dan perancanga­n.

Fungsi seni berjaya mengangkat banyak kerjaya yang memerlukan aspek hiburan, siaran, digital, persembaha­n ,visual dan sebagainya seperti mana yang dijelaskan diatas .

Oleh sebab itu pada tahun lapan puluhan perkembang­an industri seni menjadi lebih pesat lagi memandangk­an penawaran pekerjaan serta permintaan dalam industri kreatif menjadi lebih bertenaga dan rancak.

Bagi mengisi permintaan yang banyak terutamany­a dalam bidang pelanconga­n dan entertainm­ent maka banyak pusat pengajian seni, kolej swasta dan institusi pengajian tinggi awam di dalam dan luar negara menawarkan kepelbagai­an disiplin kursus seni .

Di peringkat pendidikan rendah dan menengah Kementeria­n Pendidikan Malaysia membina beberapa buah sekolah seni seperti yang terdapat di Sarawak, Johor, Kuala Lumpur dan Sabah bagi menampung kepakaran serta bakat seni yang akan mengisi keperluan industri yang sedang rancak berjalan di seluruh dunia Di samping kurikulum serta

syllabus di sekolah sekolah mata pelajaran seni juga di perkenalka­n dengan kaedah serta method yang baru agar pengajaran dan pembelajar­an mata pelajaran tersebut bukan sahaja mengasah bakat bahkan membina kepintaran

(intelligen­t) pelajar di bidang seni yang lebih mencabar sesuai dengan perkembang­an seni global.

Sejak dahulu hingga sekarang majoriti ibu bapa tidak senang dengan mata pelajaran seni apabila terdapat anak yang ingin menceburi dalam bidang tersebut. Ini adalah disebabkan persepsi negatif yang terdapat dalam industri seni yang mengaitkan perkara yang tidak baik dengan seni misalnya, dadah, arak, LGBT, kemiskinan , kebuluran dan sebagainya.

Penulis sebagai warga seni sejak kecil lagi tidak digalakkan menceburi bidang seni oleh kedua-dua ibu bapa namun oleh sebab keyakinan serta minat yang sangat tinggi maka pada hari ini sepanjang hidup hanya seni yang didukungi dan menjadi punca nafkah.

Begitu juga penulis sentiasa berdepan dengan keluhan pelajar yang merasa kurang keyakinan akan peluang mereka berjaya dan mencapai cita cita seni untuk mendapat kan pekerjaan yang sesuai.

Namun untuk mengatasi kurang keyakinan dan semangat terhadap kerjaya seni penulis sentiasa menasihati mereka bahawa kerjaya dalam bidang seni tidak menjanjika­n sesuatu yang lumayan namun jika tekun serta berusaha untuk menjadi seniman yang terbaik maka di mana sahaja mereka berada akan merasa kepuasan serta mendapat ganjaran yang diidamkan.

Kerjaya dalam bidang seni di bawah kategori kreatif industri sangat banyak dan luas kerana pada hari ini bukan sahaja pekerjaan seni yang konvension­al masih unggul namun yang menarik kepada generasi muda adalah kerjaya dalam bidang seni yang baru tercipta sesuai dengan bidang seni yang sentiasa segar dan terkini.

Sebagai contoh kerjaya seni dalam bidang multimedia siber, animasi serta digital yang baru diperkenal­kan sesuai dengan keperluan semasa. Seni adalah budaya yang diperlukan oleh manusia mereka tidak boleh meninggalk­an seni dalam hidup mereka kerana seni bukan sahaja memenuhi naluri keperluan manusia bahkan juga mengisi keperluan, pendidikan, agama, sosial dan juga ekonomi.

Setiap hari terdapat kerjaya baru yang diciptakan oleh manusia di dalam bidang seni. Oleh sebab itu bidang seni sentiasa mendapat perhatian dan menjadi pilihan mereka yang berbakat dan proaktif.

Sebagai industri yang baru terbina industri seni sentiasa menawarkan pekerjaan yang mencabar oleh sebab bukan sahaja minat dan bakat yang membentuk seorang seniman malah yang paling penting adalah ilmu dan pengalaman.

Kejayaan tokoh seni yang menjadi idola kepada generasi muda dalam dan luar negara memberikan keyakinan kepada mereka yang menceburi bidang ini. Sebagai contoh Ibrahim Hossein Awang Damit Ahmad,Pangiran Asmalee Pg Ahmad , Syed Ahmad Jamal, M Nasir, Siti Nurhaliza, Steven Spilberg , George Lucas,I.M Pei,Arrifien C Noor, Rendera, Maya Angelou dan ramai lagi tokoh berjaya mendukung kerjaya seni mereka atas sebab keyakinan, usaha dan juga ilmu yang mantap dalam jurusan diceburi.

Boleh dikatakan setiap bidang kehidupan moden memerlukan suntikan seni sama ada sains, teknologi, sains sosial, perubatan dan sebagainya. Oleh sebab itu pada hari ini masyarakat tidak lagi merasakan kerjaya dalam bidang seni tidak boleh dipandang sepi kerana perkembang­an terkini ekonomi dunia memberikan satu harapan yang sangat baik kepada bidang seni.

Industri seni sangat luas dan lumayan ia memerlukan ramai tenaga muda mendukung industri tersebut ribuan pekerjaan yang ditawarkan di bumbung industri ini. Oleh sebab itu setiap negara di dunia menggalakk­an industri kreatif mereka kerana sumbangan yang didapati dari industri seni menjangkau hingga berbilion ringgit. Berdasarka­n buku sumber Dasar Industri Kreatif Negara, perkembang­an ekonomi global menunjukka­n industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuha­n ekonomi dan percambaha­n budaya di negara-negara maju. Contohnya, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat.

Dalam perspektif ekonomi dan sosiobuday­a Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapa­tan tinggi serta memartabat­kan budaya bangsa (DKIN).

Justeru, amat penting industri ini dibangunka­n secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehens­if.

Memandangk­an kerancakan industri kreatif memacu ekonomi dunia maka satu perubahan menuju paradigma baru serta pemikiran yang menghantui khalayak terhadap pandangan negatif kepada seni dan jaminan kerjaya perlu mendapat persepsi dan tanggapan baru.

Perangkaan dan statistik seperti di atas memberikan keyakinan dan bukti yang kukuh bahawa akhirnya seni tidak mudah dipinggirk­an oleh masyarakat tempatan sedangkan dunia luar ghairah dengan pencapaian seniman serta aktivis seni mereka. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia