Utusan Borneo (Sabah)

Cakap banyak perkaranya!

- ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

CAKAP banyak perkaranya, kata Pak Tenas Effendy, Budayawan Riau yang kini walaupun sudah tiada tetapi kata-katanya masih terdengar di telinga bagi orang-orang yang pernah bertemu dengan beliau atau pernah membaca buku-bukunya. Sebenarnya, kata-kata ini adalah ungkapan Melayu tradisiona­l yang dikumpul oleh Pak Tenas dengan gigih selama puluhan tahun di dunia Melayu khususnya di Riau.

Cakap banyak perkaranya. Pertama cakap terlepas, kedua cakap terpapas, ketiga cakap senafas, keempat cakap berisi, kelima cakap hati.

Cakap terlepas, semua orang mungkin sudah tahu maksudnya. Begitu juga cakap terpapas, cakap yang sepintas lalu. Papas maksusnya bertemu sewaktu berselisih lalu, menyongson­g atau menongkah.

Dalam institusi keluarga misalnya, keluarga amatlah penting untuk kita cakap senafas, dalam ertikata, satu nafas, sama keadaannya, selaras, sepadan dan sesuai.

Cakap berisi ertinya cakap yang tidak sia-sia. Setiap kata, ungkapan atau ucapan yang dikeluarka­n membawa makna, berfaedah dan dapat difikirkan dan direnungka­n.

Ada sejenis lagi cakap, menurut Pak Tenas iaitu cakap hati. Kata-kata dalam hati, kata-kata dalam nurani kita. Kadang-kadang cakap hati, cukup hanya dalam hati, kadang cakap hati lebih murni tapi kadang ada juga peribahasa yang mengatakan ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Kata Pak Tenas lagi, bual juga banyak perkaranya. Pertama berbual-bual, kedua bual temberang, ketiga bual pembual dan keempat berbual-bualan.

Berbual-bual maksudnya bercakap-cakap mengenai pelbagai perkara, berborak dan beromong kosong.

Kalau bual temberang, maksudnya jelas. Memang isi perbualan temberang belaka.Jika pembual, memang orang yang suka berbual. Ada kalangan masyarakat yang mengertika­n pembual sebagai pembohong, jadi segala yang dikatakann­ya bohong semata.

Kalau bual-bualan, saya fikir maksudnya hanya setakat bual-bualan. Antara berbual bual dengan bualbualan mempunyai maksud yang berbeza.

Menarik juga diteliti apa kata peribahasa mengenai rundingan. Runding, kata Pak Tenas, banyak perkaranya. Maksud beliau, banyak jenis. Pertama runding runsing, kedua runding terunding, ketiga runding maling, keempat runding-rundingan dan kelima runding-berunding.

Makin berunding makin runsing, saya fikir tidak perlulah perundinga­n. Begitu juga ketika ketika kita berunding, kita yang terunding. Runding bermakna kita membuat perhitunga­n, perkiraan, pertimbang­an dan sebagainya.

Berunding ertinya kita bercakap-cakap dengan bersungguh-sungguh, dan bertolak ansur. Tapi kalau kita runding maling, aduhai alangkah malangnya. Maling ertinya pencuri.Mungkin maksudnya runding pencuri. Runding-rundingan mungkin membawa maksud runding yang kurang serius untuk menyelesai­kan masalah. Runding berunding barangkali yang lebih baik iaitu berunding dengan sungguhsun­gguh.

Ungkapan Melayu memang kaya dan menggambar­kan mengenai alam pemikiran kita pada umumnya. Saya fikir catatan ini saya hentikan di sini sebelum ia menjadi bual cakap yang terlepas atau terbabas, atau membuat pembaca runsing atau hanya menjadi bual temberang. Kata orang tua, kata lepas tak bertali.Yang mudah mencari kusut, yang susah mencari patut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia