Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan pelaburan jangka panjang

Kerajaan komited tingkatkan taraf sistem pendidikan

- Oleh SHAMRY M.SANI

TAWAU:Kerajaan komited terhadap usaha pembanguna­n dan pemantapan sistem pendidikan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara.

Katanya, bagaimanap­un dalam menyediaka­n perkhidmat­an pendidikan kepada rakyat, ianya bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan semata-mata tetapi juga perlu diusahakan oleh ibu bapa setiap murid di negeri ini.

Katanya, ibu bapa tidak harus meletakkan tanggungja­wab mendidik anak-anak dalam tangan guru-guru di sekolah semata-mata.

Jelas beliau, ibu bapa perlu ikut serta dalam pendidikan, khususnya pendidikan di rumah.

“Kejayaan anak-anak bergantung kepada usaha kolaborati­f antara pihak sekolah dengan kalangan ibu bapa itu sendiri.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Riang Ria Aidilfitri dan penyampaia­n Bantuan Kewangan Awal Persekolah­an 1Malaysia sebanyak RM100 kepada 37 murid-murid di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Perdana, pada Sabtu.

Bantuan kewangan awal persekolah­an merupakan penerima bantuan kedua.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Darman Shah Asakil, Guru Besar SK Perdana Tawau Mohd Ekbal Khalid, Penolong Kanan Jaafar Daud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ruslee Ahmad, kakitangan Unit PPM Tanjong Batu, ibu bapa dan murid sekolah.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu turut menasihati ibu bapa menggunaka­n wang bantuan persekolah­an sebaik mungkin dengan mengutamak­an perbelanja­an untuk pendidikan anak-anak dan tidak menyalahgu­nakannya.

“Ibu bapa perlu sanggup berkorban dan terlibat sepenuhnya dalam memastikan kecemerlan­gan pendidikan anak-anak mereka. Kita memang menyedari ibu bapa perlu menanggung pelbagai kos yang semakin meningkat, bantuan seperti ini adalah inisiatif kerajaan untuk meringanka­n beban mereka.

“Bantuan itu seharusnya dimanfaatk­an untuk setiap keperluan anak-anak termasuk pakaian seragam sekolah agar para pelajar dapat menikmati suasana pembelajar­an yang selesa,” jelasnya.

“Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara.” DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA menyampaik­an Bantuan Kewangan Awal Persekolah­an 1Malaysia kepada 37 murid-murid di Dewan Sekolah Kebangsaan Perdana, Tawau.
HAMISA menyampaik­an Bantuan Kewangan Awal Persekolah­an 1Malaysia kepada 37 murid-murid di Dewan Sekolah Kebangsaan Perdana, Tawau.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid-murid SK Perdana Tawau dalam majlis itu.
SEBAHAGIAN murid-murid SK Perdana Tawau dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia