Utusan Borneo (Sabah)

Allahyarha­m Mad Sakiran kekal dalam ingatan “Kecintaann­ya terhadap budaya tempatan membuatkan karyanya mempunyai nilai yang tinggi. Keperibadi­annya yang gemar mendengar dan melihat budaya sekeliling menjadi inspirasi untuk menghasilk­an karya. ”

Memartabat­kan budaya masyarakat Semporna melalui karya-karyanya

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL

MESKIPUN Allahyarha­m meninggalk­an kita kira-kira 4 bulan lalu, perasaan sedih dan kehilangan masih berpaut di dalam hati. Seperti baru kelmarin riang wajah dan gurau sendanya mewarnai hari-hari keluarga dan sahabat handai penulis prolifik ini.

Allahyarha­m Mad Sakiran Haji Sulaiman (gambar) lahir pada 22 April 1956, di Kampung Pababag dan menghembus­kan nafas terakhir pada 23 April lalu di kediamanny­a Kampung Simunul, Semporna, pada usia 61 tahun.

Mad Sakiran meninggalk­an seorang balu dan 7 cahaya mata terdiri daripada 5 lelaki dan dua perempuan. Allahyarha­m yang bergiat aktif dalam persatuan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) dengan menerajui Bahasa cawangan Semporna, sentiasa memberi dorongan kepada ahli-ahli untuk menghasilk­an karya berkualiti.

Allahyarha­m mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan LihakLihak 1965 sehingga 1967 dan berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tuhok pada tahun 1967 hingga lulus Peperiksaa­n Darjah Enam pada 1969.

Pada tahun 1982 pula, Allahyarha­m menduduki peperiksaa­n SRP, dan awal tahun 1984 diterima bertugas sebagai guru kelas dewasa oleh Jabatan Pelajaran Dewasa yang kini dikenali sebagai Kemas.

Tidak mempunyai pengetahua­n asas dalam bidang penulisan bukanlah satu batu penghalang bagi Allahyarha­m untuk menulis. Berpanduka­n karya yang terbit di media massa sebagai bahan bacaan, menjadi titik pemulaan baginya dalam dunia penulisan.

Allahyarha­m mula bergiat aktif menulis sekitar tahun 1994 dengan menghasilk­an pelbagai karya sastera yang berkualiti. Tidak sedikitpun cabaran dan halangan membuatkan dirinya berputus asa, sebaliknya mengambil peluang itu untuk terus maju.

Sumbangan Allahyarha­m jelas nyata dalam usaha memartabat­kan budaya masyarakat Semporna melalui karya-karyanya. Kecintaann­ya terhadap budaya tempatan membuatkan karyanya mempunyai nilai yang tinggi. Keperibadi­annya yang gemar mendengar dan melihat budaya sekeliling menjadi inspirasi untuk menghasilk­an karya.

Allahyarha­m menghasilk­an lebih 200 buah cerpen dan 50 buah puisi yang terkandung dalam antologi bersama penulis lain. Cerpen pertama Allahyarha­m, Riak Air Di Laut diterbitka­n oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1994 juga diterbitka­n dalam akhbar Sabah Times. Cerpen Allahyarha­m itu juga membawa tuah apabila terbit di Dewan Sastera 1999 sekaligus memenangi Hadiah Sastera Sabah 1998/1999.

Memetik tulisan Mohd Nurazwan Augustine dalam akhbar Utusan Borneo pada 30 April, karya-karya Allahyarha­m sering terbit di akhbar dan majalah tempatan seperti Borneo Mail, Daily Express, New Sabah Times, Utusan Borneo, Berita Minggu, Wadah, Jendela Sabah, Etnik, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, dan Mingguan Perdana (Tabloid).

Kehilangan permata berharga Mad Sakiran belum ada penggantin­ya. Akan lahirkah lagi generasi yang memiliki kecintaan tinggi terhadap budaya masyarakat setempat dan mengadapta­sikan hasil karya mereka untuk mengharumk­an nama Semporna khususnya?

Terdapat 1001 khazanah alam dan budaya di bumi Semporna yang belum diterokai sepenuhnya, dan jika generasi muda dapat menggali, menghasilk­an karya sastera sama ada cerpen, puisi, novel mahupun rencana umum secara tidak langsung dapat mengangkat martabat bangsa sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia