Utusan Borneo (Sabah)

Cerpen: Terapung di Puncak Borobudur

-

KETIKA aku tiba di tempat itu, awan tebal mula menaungi alam persekitar­annya. Kehadiran awan tebal itu telah membantu meredupkan wajah alam yang kehangatan disebabkan sinar mentari.Aku mendongak ke langit, ternyata bebola matahari itu menegak tepat di atas kepalaku.

Aku merasa sedikit kelegaan apabila panahan matahari itu dilindungi oleh sekumpulan awan. Kehadiran awan tebal di sekitar kawasan Candi Borobudur ketika itu seolah-olah memberi rahmat kepadaku dan para pengunjung lain. Setiap kali aku memerhati ke angkasa aku memohon dan berdoa dalam hatiku semoga kelompok awan itu lebih lama berada di situ.

Aku terlalu mendambaka­n suasana redup begini agar aku lebih bersemanga­t meninjau sekeliling kawasan yang pertama kali aku jejaki. Aku melayani keghairaha­nku untuk menikmati suasana unik di kawasan ini dan mungkin tidak keterlalua­n bila aku katakan bahawa tempat ini adalah dunia baharu dan terasa asing buat diriku .

Nuning adalah rakanku dari Jakarta, memurnikan hatinya memberi sekelumit kisah mengenai Candi Borobudur. Candi ini dikatakan memiliki pelbagai keajaiban dan keunikan. Aku tersenyum mendengar gambaran awal yang diberikann­ya mengenai keistimewa­an candi tua itu. Aku sebenarnya dalam diam terilham dengan pemerianny­a. Aku terkesima merenung keajaiban reka bentuk candi yang merakam sosiobuday­a dan sistem kehidupan manusia pada zaman silam.

Aku dipimpin oleh Nuning menikmati sebanyak mungkin pengalaman di candi yang penuh lakaran sosial kuno dan budaya silam itu. Aku membiarkan Nuning terus berkisah kepadaku mengenai keunikan candi itu. Aku menaruh keyakinan kepadanya kerana ia berbangsa Jawa, yang sudah tentu dia lebih memahami tentang sosio budaya masyarakat tempatan di sana. Aku juga percaya pengalaman­nya sebagai pemandu pelancong dari dalam dan luar negara. Menurutnya lagi, dia juga sering berkunjung di Candi Borobudur sebagai pengiring pelancong . Aku kagum dengan Nuning kerana ia amat mesra dan akrab denganku sepanjang perjalanan.

Aku mengenalin­ya pada hari pertama aku tiba di kota Jakarta. Ia tidak kekok bergaul dan bermesra dengan sesiapa pun dalam rombongan kami. Seperkara lagi yang istimewany­a Nuning ini ialah dia amat mengutamak­an bahasa Melayu Indonesia dalam pertuturan­nya. Sehingga aku sendiri kadangkala terpinga-pinga kerana aku tidak memahami sepenuhnya apa yang dikatakann­ya kepadaku. Bahasa Indonesian­ya yang lembut didengar itu seakan-akan melebur seketika keletihan yang aku rasai.

Nuning memang seorang berpengala­man menilai peribadi dan mudah terkesan kelemahan dan keperluank­u. Nuning sangat mengerti masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ketika melakukan perjalanan jauh. Maka itulah ia melakukan rangsangan semangkat terhadap diriku untuk meneruskan kembara. Nuning tidak jemujemu memberi gambaran menarik yang perlu diharungi di sepanjang perjalanan dari kota metropolit­an Jakarta menuju Jogjakarta.

Aku bersama rombongan ditemani oleh Nuning menaiki kereta api di stesen Gambir. Perjalanan kami dari kota Jakarta menuju ke kota Jogjakarta itu memakan masa selama lapan jam. Ini pengalaman pertamaku menaiki kereta api dalam tempoh yang lama. Walaupun perjalanan menuju destinasi ini begitu panjang namun aku dihadiahka­n pemandanga­n alam semulajadi begitu indah dan menarik.

“Sungguh mengagumka­n,” tukasku perlahan-lahan sebaik sahaja aku menjejaki kakiku di halaman candi itu.

Aku menyoroti ukiranukir­an di setiap dinding candi yang menimbulka­n berbagai tanggapan dan membawa makna tersendiri. Aku amat kalut memikirkan keunikan ukiran batu seperti hidup ketika dihayati sepenuhnya. Tapi aku sebenarnya diambang keliru, tidak mungkin tanggapank­u ke atas ukiran patung manusia itu sama dengan mesej si pengukir kono candi tersebut. Aku sekadar memberi reaksi bebas dan akhirnya fikiranku tidak sampai ke mana pun untuk memahami keunikan lorekan dinding batu itu.

Aku menarik nafas melafazkan kebuntuan idea sambil menggaru keningku yang dibasahi keringat. Di luar sedarku, Nuning sedang menyoroti jalan fikirku yang seakan kehilangan punca. Lalu Nuning gunakan kelomponga­n ini menenangka­n mindaku. Di suatu sudut, di aras dua Candi Borobudur aku dan Nuniung mengeksplo­itasikan masa yang terluang untuk berehat sepenuhnya.

“Yuk, kita ke sana,” ajak Nuning seperti menunjuki aku sesuatu perkara yang baharu.

Aku turuti ajakan Nuning walau kepalaku masih belum segar dan perlu rehat yang lebih. Benarlah kata Nuning candi ini menyimpan pelbagai keistimewa­annya dan seribu satu macam kisah terpendam dalam setiap bentuk ukiran yang kaku.

Ketika aku diasak rasa rimas dan bahang panas yang melampau, aku gagal mentafsir setiap keistimewa­nnya yang terdapat setiap ukiran itu. Hanya yang dapat aku kesani adalah hawa hangat yang seakan menunuh seluruh bahagian tubuhku. Nuning hanya tersenyum sinis melihat situasiku yang tidak keruan. Dalam keadaan rimas dan kerap kali menyeka peluh di mukaku, menjentik perasaanny­a ingin tahu apa perlu dia patut bantu terhadapku.

“Waduh capek ni Nuning,” luahku separuh berkelakar.

Namun Nuning terus saja berkisah tentang keajaiban dan falsafah kehidupan yang tersirat di dalam ukiran patung manusia dan haiwan disetiap sudut dinding candi.

“Peria mestinya kuat dan gagah,” kata Nuning seperti memberi aku semangat dengan membanding kekuatan tenagaku dengan lorekan patung seorang pemuda berdada bidang di sebelah kananku. Sesekali aku mencuri pandang ke wajah Nuning yang memerah pipinya dicumbu kehangatan mentari. Ada sesuatu lelucon yang mahuku khabar kepadanya, namun aku tetap menjaga peribadi dan kelakuanku supaya tidak keterlalua­n. Kesopanan perlu ada dalam diriku, jangan sampai ia tersa dipersenda oleh tingkahku yang keterlalua­n, itu ikrarku.

“Bisa ceritakan tentang kisah patung cantik ini,”pintaku spontan kepada Nuning.

Entah kenapa ia mendiamkan diri seperti ada sesuatu kisah yang sukar untuk diadaptasi­kan di pentas fikirannya. Nuning tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya mengajakku bertafakur melihat sederetan patung wanita cantik yang sedang diacu pedang panjang oleh seorang pemuda. Nuning memegang tanganku, kami diamuk badai imaginasi maha dahsyat bertemu dengan para penghuni yang hidup ghaib di dalam candi. Dunia mereka penuh dengan dunia misterinya yang amat sukar dilukiskan dengan perkataan.

Sungguh ini pengalaman dunia ghaib yang menggerunk­an dalam hidup. Aku melihat wajah asalku tapi pandangank­u dibatasi oleh variasi kehidupan silam. Aku benar-benar menjadi manusia kerdil dan kecut sekali ketika berada dalam kelompok masyarakat kuno, yang kental dengan adat resam dan pantang larang. Sungguh…! aku seperti menjadi tetamu asing atau kesalahan aku dan Nuning lakukan. Tapi yang jelas, aku dan Nuning dikatakan menceroboh kawasan larangan di dalam candi itu.

“Nuning…Nuning di mana kau berada…” jeritku mendapat kepastian dan perhatian darinya.

Namun nama yang aku seru berulang kali itu tidak ada sesiapa yang menyahut dan sepi sahaja tiada jawapan. Ah…aku dan Nuning kini dipisah dan bakal menerima karma tirana di candi ini, yang penuh dengan ritual-ritual pantang larang. Hatiku mula merasa bersalah dan kesal berada di candi tua

“Sungguh ini pengalaman dunia ghaib yang menggerunk­an dalam hidup. Aku melihat wajah asalku tapi pandangank­u dibatasi oleh variasi kehidupan silam. Aku benar-benar menjadi manusia kerdil dan kecut sekali ketika berada dalam kelompok masyarakat kuno, yang kental dengan adat resam dan pantang larang. Sungguh…! aku seperti menjadi tetamu asing atau kesalahan aku dan Nuning lakukan. Tapi yang jelas, aku dan Nuning dikatakan menceroboh kawasan larangan di dalam candi itu. ”

ini, entah pantang mana yang aku dan Nuning terlanggar sehinggaka­n makhluk ghaib di candi itu murka.Dalam beberapa ketika, terdengar suara berdengung membaca mentera seolah-olah dalam beberapa detik lagi aku akan dijatuhkan hukuman.

“Hukum karma..Hukum karma,” teriak para sida-sida berpakaian seragam berwarna kuning.

Debaran jantungku semakin kuat dan firasatku mendesak bahawa sebentar lagi aku akan dijatuhkan hukuman. Selang beberapa ketika, bergema lantunan gamelan memenuhi ruang Balairong. Balairong ini dihiasi berbagai jenis ukiran imej tumbuh-tumbuhan semulajadi, tiang-tiang besar berukiran imej kepala naga yang giginya terseringa­i tajam itu mencecah hingga bumbung. Kuda-kuda bumbung juga penuh pahatan imej ular dan naga lidah terjelir yang pada pengamatan­ku amat menyeramka­n.

 ??  ??
 ??  ?? Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
 ??  ?? Karya AMINI GAWIS
Karya AMINI GAWIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia