Utusan Borneo (Sabah)

HARFIAH PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN

- RAMLEE JALIMIN JAININ 17/06/2017

Sebuah perjalanan liuk-lintuk meranduk ombak kehidupan, sementara dedaunan merembes damai sebuah hati menggerisi­k irama laut menyapa tenang beburung bertenggek di dahan rhu yang sepi menebarkan halwa rindu pada angin menyusur pantai kenangan yang telah ditinggalk­an sekujur tubuh sang gadis menangis menjadi tragis di malam yang sadis ditinggal kata yang pedih sedang cerita semalam belum berakhir tentang bicara masa depan dan kesedaran. Menjengok keluar dunia penuh wilayah fikir yang menyesak minda manakala ekrusi sang pemuda bergeseran di kakikaki jalan membuang peluang muda ombak terus beralun dibawa badai kenangan bertaut di ranting keinsafan lorong-lorong hitam yang menyesak hidung dan hati jadi kelabu menyenget membatas renyai hujan yang mengalir ke laut bumi yang sengsara meniris hujan renyai diperbukit­an dengan terjahan debu-debu kota yang memberkas fikiran lantas saujana menerima anugerah paling mahal dari langit hingga ke Arasy ertinya seteguk tauhid dari hujan langit jatuh bagai sungai mengalir ke tasik nasuha buat para manusia yang jatuh terbabas tanpa terduga sepanjang jalan mencari tongkat, membangkit kepercayaa­n tangan bertangkup ke langit mencari sinar dan cahaya yang abadi. RAMLEE JALIMIN JAININ atau nama sebenarnya Mabirin @ Ramlee@ Jalimin Jainin dilahirkan pada tahun 1959 di Kampung Bayangan Keningau. Sekarang ini bertugas di SK.Meninipir, Keningau sebagai Guru Besar dan berkelulus­an Sarjana Muda di dalam bidang Pendidikan Dan Pembanguna­n Sosial/sekarang di kenali sebagai Falkulti Pendidikan dan Psikologi (Pengurusan Pendidikan Dengan Kepujian) di Universiti Malaysia Sabah, dan baru menamat studinya di peringkat sarjana. Beliau mula menulis sejak 1979 dengan menggunaka­n pelbagai nama pena seperti Ramlee Jalimin Jainin, R Jalimin Jainin, Tinta Dewata, Tinta Alam dan Suara Alam. Cerpen pertamanya bertajuk Di Lembah Sepi tersiar di akhbar Sabah Times pada tahun 1983 manakala puisi pertamanya yang tersiar ialah Orang-Orang Kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia