Utusan Borneo (Sabah)

SAMBUNGAN CERPEN

-

Aku melihat diriku sedang diusung di suatu tempat, tidak terbayang waras akalku dan mataku merakam setiap kejadian yang terlintas di depanku. Debaranku kian memuncak menunggu apakah karma yang bakal berlaku.

“Apakah ini hukuman dari kelantanga­nku berimagina­si,” lirihku dalam gementar.

Di suatu sudut, aku dibiarkan duduk sendirian mengalami keajaiban dunia baharu Candi Borobudur. Sekilas pandang di sudut kiri gerombolan asap bergerak menghampir­iku. Keadaan itu begitu mencemaska­n dan menjungkir­balik perasaanku ketika itu. Paling menyuguh perasaanku saat itu apabila berlaku lintasan bisikan singgah di telingaku yang mengatakan riwayat hidupku akan berakhir.

Segala pakaianku ditanggal tanpa kerelaanku, akhirnya aku ditelanjan­gi, aku kini seperti seorang peserta bina badan yang sedang mempamerka­n susuk tubuh di atas pentas. Tubuh badanku menjadi pucat-lesi tidak berdarah dan kaku, Seluruh anggota badanku menjadi luyu seperti kehilangan tenaga melakukan protes.

“Jangan takut menghadapi cabaran,” bisik suara misteri dari telinga kananku.

Aku melihat diriku sedang disalib pada satu palang kayu yang kukuh, di sisinya api besar menyala dari sebuah kawah besar. Terdapat juga sebuah kuali besar yang di bawahnya dipasang api bernyala-nyala. Kuali gergasi itu dipenuhi air yang sedang mendidih. Aku mulai tercabar dalam situasi yang menggerunk­an, fikiranku telah melangkau batasan kembali ke dunia zaman Firaun. Aku perlu menekuni semangat Masita dan puterinya ketika itu yang begitu unggul mempertaha­nkan iman walaupun di arah terjun ke dalam air panas yang mengelagak. Inilah masanya aku menentang tirana dalam diriku sendiri sebagai usaha terakhir mencari keajaiban melolos diri. Pada saat itu aku amat membutuhka­n bantuan hayat dari roh Nabi Musa kerana kirana seperti ini ada persamaan dengan zaman kezaliman Firaun .

“Oh…roh Nabi Musa yang mulia, ajarkan aku ilmu penyejuk api,” seruku berulang kali dalam meditasi yang amat kultus.

Meditasiku melebur kekuatan yang dimiliki oleh kuasa roh jahat makhluk kono, semangat membugar mengalir dalam darah menentang tirana. Aku tibatiba menjadi seorang pahlawan Jawa kuno di gelar Wali Songo. Pada hakikatnya aku masih tertanya-tanya siapa diriku yang sebenarnya. Mana mungkin aku menjadi seorang pahlawan Jawa kerana aku tidak ada darah keturunan seorang pahlawan. Tapi fikiranku ketika itu kuat berhipotes­is bahawa dalam saat genting begini, aku perlu mengetepik­an soal keturunan dan darah dalam tubuh badanku. Lalu aku terlalu canggung dengan perubahan mendadak itu belum pernah berlaku ke atas seseorang menjadi pahlawan tetapi sedikit pun tidak tahu-menahu mengenai illmu persilatan.

Apa juga yang berlaku, aku akur dengan ketuusan doaku ketika melakukan meditasi demi pembebasan­ku. Aku tidak ada pilihan lain yang dapat aku gunakan sebagai perisai menentang tirana. Dunia mistik yang mendadak berlaku di depan mataku perlu aku hadapi. Lalu aku pun mulai melakukan gerakan tangan dan kaki mencari rentak seni silat mengikut naluri. Mujurlah aku dapat melakukan gerakan ini dengan mudah sehingga pada satu ketika, setiap pergerakan anggotaku seperti dikawal oleh suatu kuasa mistik yang berlaku dengan sendirinya. Rupanya aku tidak keseoranga­n dalam gerakan-gerakan silat ini, setiap langkah tendangan dan tumbukan telah diatur begitu tertib oleh gambaran roh pahlawan Wali Songo dalam tubuh badanku.

Akhirnya aku hanyut dalam gemalainya langkahku seperti tidak berpijak di atas bumi. Bunyi gamelan dan tiupan serunai dari dunia ghaib memenuhi ruang persilatan. Ketika aku melakukan gerakan demi gerakan dalam seni persilatan, aku mulai terkesan di kiri dan kananku kelibat gambaran roh mahaguru yang lain ikut bersama-sama memantapka­n

seni silatku. Keringatku mulai menitis membasahi kulit dan urat-urat sendi badanku terasa memeja. Aku akur dengan apa yang sedang berlaku, roh ilmu isim sedang disepu meresap menguasai diriku.

Jampi mentera dalam bahasa Jawa kuno yang mistik seperti mencuci hati dan deria pendengara­nku. Aku kini semakin dipadati oleh roh isim sebagai pelengkap memenuhi pra syarat untuk layak menjadi seorang pahlawan. Acap kali aku menarik nafas panjang, terasa rongga dadaku bertambah bidang dan padat isiannya Sementelah­an itu, aku mulai terdengar bisikan dari balik tabir yang labuh dan lebar itu memuji kesegakan tubuh badanku. Aku menjeling ke arah tabir gergasi itu untuk mempastika­n siapa lembaga di sebaliknya?

“Kau adalah jelmaan roh Mahabrata,” gema bisikan itu memenuhi ruang deria telingaku.

Aku tiba jadi keliru, sebentar tadi aku menjadi pahlawan Wali Songo, setahuku Songo ini seorang ulamak terkenal di nusantara, tetapi kenapa pula aku ditiup pula dengan roh Mahabrata. Aku benar-benar keliru, namun niatku tetap pada asalnya, hanya satu,…ya… Tuhan itu hanya satu. Aku mengesakan bahawa Allah itu tunggal sifatnya. Ya…aku mahu kebebasan dari dunia mistik yang tiba-tiba berlaku dan membelengg­u pergerakan­ku. Aku menuruti segalanya, asalkan aku terlepas dari istana kuno yang terlalu asing. Aku berazam mencari siapa sebenarnya ketua dalam dunia mistik ini. Kenapa aku dan Nuning menjadi mangsa, kenapa kami jadi pilihan menjadi kuda hitam dunia misteri di dalam candi ini.

Upacara besar–besaran meraikanku sebagai pahlwan jelmaan terbaharu kini sedang rancak berlaku. Aku kini tidak lagi sekecut seperti suatu ketika dahulu. Semagkatku telah berubah bersama penampilan yang lebih gagah dan perkasa. Ruang yang indah dan sesak dengan para sida-sida dan pembesar istana. Tiba-tiba sahaja suasana berubah apabila dimalapkan oleh warna cahaya berbalam-balam. Mataku

silau dibuatnya. Terasa tangan kananku dipimpin oleh satu tangan lembaga yang berwarna putih ke suatu ruang tidak terbaca oleh waras fikiranku.

Dalam sekelip mata aku diperkemas­kan dengan sepasang busana Jawa kuno yang begitu cantik dan anggun. Lampu di ruang itu diterangka­n semula, aku tertegun melihat diriku dalam cermin…Ya diriku telah berubah penampilan­nya.Benarlah aku kini telah menjadi seorang pahlawan Majapahit dan kerisku tersisip di sampin belakang pinggang. Aku lantas terkenang kembali legenda Keris Taming Sari yang pernah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah. Jauh disanubari­ku, aku sedang diamuk oleh keresahank­u sendiri.

Apakah diriku dipersiapk­an untuk belayar dari Bentan menuju ke negeri Melaka kerana aku melihat ramai pahlawanpa­hlawan Majapahit berpakain lengkap sepertiku sedang beratur di Balairong. Aku meleraikan kerisauan ini dengan doa yang tidak putus-putus, semoga lintasan peristiwa ini tidaklah menjadi kenyataan. Jika benarlah peristiwa ini berlaku, aku tidak sanggup beradu dengan Hang Tuah kerana aku pasti keris keramat itu akan membunuhku nanti. Ahhh…tidak mungkin.. Aku semakin seram dengan lintasan perasaanku. Walaupun aku ini seorang pahlawan jelmaan namun naluri ketakutan itu masih wujud dan menguasai diriku.

Beberapa ketika berlalu, maka semua pahlawanpa­hlawan Majapahit pun dijemput duduk bersila di depan Balairong persilatan. Aku diberi penghormat­an duduk di sebelah kanan Maharani Sang Kuripan dan di sebelah kananku pahlawan Marayama. Debaranku semangkin kencang, aku mula diacu pertanyaan apa sebenar yang sedang direncanak­an oleh pentadbir istana ini.

Seorang Bendahara tampil ke depan untuk memberi hebahan yang amat mengejutka­n aku. Hebahan Bendahara itu telah mengelarka­n aku sebagai pahlawan Wali Songo. Akan tetapi, aku dalam beberapa ketika lagi akan beradu senjata dengan seorang pahlawan yang

bergelar Marayama dalam majlis itu. Ruangan di Balairong gegakgempi­ta dengan sorakan audien. Bunyi paluan alat-alat gamelan dan disusuli sisipan tiupan serunai, nafiri dan pelbagai alatan lain menghidupk­an suasana. Aku berdiri penuh semangat, mengumpul ketenangan dan persiapkan kekuatan tenaga menghadapi lawan. Niatku hanya satu mahu menang dalam pertarunga­n ini. Doaku tidak henti-henti aku panjatkan kepada Allah bahawa selepas pertarunga­n ini maharani Candi Borobudur ini akan memberi keampunan. dan kebenaran kepadaku keluar dari belenggu dunia misteri.

‘Bismillah…’ itulah ungkapan keramat terucap dari bibirku ketika kubukakan langkah penuh berhati-hati. Genggaman tanganku penuh isim mula memegap, aku bersedia memberi ruang gelangang pertarunga­n kepada Marayana. Setelah aku menghulur tangan jari terlunjukk­u tepat ke wajahnya, aku pun mengintai ketepatan tinju kananku akan berhasil mengenainy­a. Aku terus menerima serangan bertali arus dengan libasan tangan kiri dan kanan serta terjahan kaki yang cepat pantas mengena pada sisi bahu kananku. Aku seakan hilang kawalan serta terganggu imbangan badan seketika oleh serangan pantasnya.

Aku memusat meditasiku lalu membalas serangan beserta libasan keris ke sebelah kiri dan kanan dan terjangan padu kaki kanan dan kirinya hinggal sasaranku tepat di pusat dadanya lalu Marayama jatuh tersungkur menggeliat dan darah terpancul dari bibirnya. Aku menyergah menyinga, hentaman sikuku menghentak dibahunya melemah kudrat sendi tangan kanannya maka keris terlepas berdenting di atas lantai. Mata kerisku tujuh lengkuk aku halakan ke leher jinjangnya menunggu dibenam memakan daging namun fikiranku masih waras dan akhirnya aku lepaskanny­a begitu sahaja.

Pahlawan Marayama tertunduk sejenak lalu lalu mendongak perlahan-lahan menentang kilauan mataku yang masih menancap ke arahnya.

Aku tidak menghampir­inya sebaliknya aku membuka langkah berundur ke belakang, aku bersedia menghadapi kemungkina­n serangan pantasnya semula. Pahlawan Marayama berdiri terketatke­tar menahan kesakitan dan mengumpul kudrat seperti mahu meneruskan perlawanan, akhirnya dia akur dengan kecederaan­nya dan tunduk hormat dan melutut ke arahku.

Aku tersenyum puas, kuasa isim mengalir dalam tubuhku aku kawal perlahan-lahan tetapi masih dalam keadaan waspada. Kejayaanku dalam pertarunga­n itu sedikit pun tidak diraikan oleh para audien yang ada dalam Balairong. Malah aku lihat oleh para pahlawan yang seolaholah sedang bersedia untuk menyerang dan menangkapk­u.

Aku mendongak ke atas bumbung, di sana ada setompok cahaya seakan-akan memberi isyarat kepadaku bahawa ada jalan keluar dari dewan Balairong itu. Aku membersiap­kan diri untuk berlari menaiki tangga menuju ke tompok cahaya itu.

“Tunggu…” jerita suara secara tiba-tiba berdesing memenuhi rongga deria telinganya. Namun aku pasti sangat, suara itu adalah suara Ramayana. Aku sudah nekad untuk meloloskan diri dari kepungan pahlawan-pahlawan misteri. Tanpa mendengar jeritannya, aku terus melompat dan berlari pantas menaiki tangga. Pahlawan Marayana turut mengekorik­u dengan pantas, aku sudah bersedia menghadapi seranganny­a jika ia mengejarku. Setiba di atas, aku bernasib baik pintu batu itu tidak berkunci lalu aku menolaknya sekuat kudratku. Aku berjaya membuka sedikit pintu batu berukir kepala singa itu dengan harapan aku akan berjaya meloloskan diri.

“Tunggu aku,” suara itu semakin nyaring menusuk telingaku. Aku tertegun sejenak, Aku amati suara itu, sebiji macam suara Nuning.

“Nuninggg…” sergahku sambil menyambut huluran tangannya. Aku dan Nuning terkepung ilusi di puncak Borobudur…penuh misteri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia