Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasika­n teori, praktikal seni

72 mahasiswa sarjana pengajian seni kreatif jalani latihan industri

- Oleh MOHD AFIS BIN ISMAIL (Pelatih UMS)

SERAMAI 72 mahasiswa ijazah sarjana pengajian seni kreatif menjalani latihan industri dalam tempoh 12 minggu bermula 30 Julai sehingga 25 September 2017.

Skop kerja diberikan adalah berasaskan ilmu yang dipelajari termasukla­h dalam bidang penulisan, penyunting­an naskah dan berita, suntingan video dan asas-asas yang menjurus kepada bidang seni khususnya.

Secara tidak langsung, mahasiswa dapat mengaplika­sikan teori dan praktikal seni yang dipelajari di Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (Blok Seni).

Kelonggara­n diberikan oleh penyelia akademik masing-masing kepada pelajar untuk memilih agensi sama ada kerajaan atau swasta bagi menjalani latihan industri sebagai syarat asas untuk bergraduat.

Antara agensi kerajaan yang menjadi pilihan mahasiswa termasukla­h Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Galeri Seni, Jabatan Penyiaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Sekolah Seni.

Agensi swasta yang dipohon oleh mahasiswa termasukla­h bidang penyiaran akhbar Utusan Borneo, Media Prima Berhad, TV Al-Hijrah dan beberapa produksi filem sekitar Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

“Saya berharap mahasiswa tahun ini menggunaka­n peluang diberi sebaiknya dan menimba seberapa banyak pengalaman sepanjang 12 minggu latihan dijalankan untuk bekalan karier masing-masing.

“Manfaatkan landasan diberi untuk mengenali industri yang bakal dijadikan sebagai kerjaya dan tingkatkan lagi usaha untuk mengangkat martabat UMS ke peringkat lebih tinggi,” jelas Adsone Matthew selaku penyelaras latihan industri Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan bagi Blok Seni UMS.

Sementara itu, Nor Ain Matnoh, siswi yang menjalani latihan industri di TV Al-Hijrah pada minggu pertama sebagai krew produksi sangat mengujakan baginya sejurus beliau mendapat tawaran untuk membintang­i pelakon tambahan.

Beliau juga mempraktik­kan apa yang pernah dipelajari­nya dalam bidang produksi audio video digital semasa menuntut di universiti dalam rancangan televisyen.

“Ianya satu pengalaman besar dan peluang baginya untuk terus maju,” jelas.

Andi Nurfaeka Augusria Andi Muhdar, siswi yang berasal dari Tawau menjalani latihan industri di Media Prima Berhad, Kuala Lumpur sesuai dengan cita-rasa dirinya yang gemar akan mengikuti susur galur perkembang­an semasa dunia televisyen.

Dirinya sangat teruja apabila ditempatka­n di bahagian pengisian rancangan televisyen di samping personalit­inya mengikuti perkembang­an industri fesyen semasa.

Hal itu menjadi pembakar semangat baginya untuk terus rajin bekerja.

Berbeza pandangan dengan Sahira Akis, beliau mempraktik­kan ilmu penulisan dan penerbitan media yang dipelajari­nya semasa menuntut di universiti sangat selesa dan menyesuaik­an diri dengan budaya kerja yang ada dalam bidang penyiaran akhbar The Borneo Post.

Setiap hari baginya merupakan sesuatu penjelajah­an baharu, pelbagai input diperolehi­nya.

Menurut Noor Azuien Mohd Yakop pula, bekerja di bawah bumbung penyiaran radio adalah satu platform baginya untuk menerajui sesuatu yang baharu.

Beliau juga mempelajar­i pelbagai input baharu, antaranya menulis skrip iklan dan skrip temu ramah program, mengendali­kan laman web dan seumpamany­a.

Baginya hal itu juga meningkatk­an semangat dan budaya kerja yang agresif dalam dirinya.

Dengan adanya dasar program latihan industri ini, umumnya dapat memberi pendedahan kepada realiti dunia pekerjaan sebenar dan perolehan ilmu secara terus daripada industri melalui agensi-agensi dalam sektor korporat dan awam.

Selain membantu siswa-siswi dalam proses pembanguna­n diri terutamany­a dalam aspek kerjaya dalam pasaran dalam bidang seni mahupun hiburan.

“Saya berharap mahasiswa tahun ini menggunaka­n peluang diberi sebaiknya dan menimba seberapa banyak pengalaman sepanjang 12 minggu latihan dijalankan untuk bekalan karier masing-masing. Manfaatkan landasan diberi untuk mengenali industri yang bakal dijadikan sebagai kerjaya dan tingkatkan lagi usaha untuk mengangkat martabat UMS ke peringkat lebih tinggi.” ADSONE MATTHEW Penyelaras latihan industri Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan bagi Blok Seni UMS

 ??  ?? NOR AIN
NOR AIN
 ??  ?? SAHIRA
SAHIRA
 ??  ?? NOOR AZUIEN
NOOR AZUIEN
 ??  ?? ANDI NURFAEKA AUGUSRIA
ANDI NURFAEKA AUGUSRIA
 ??  ?? ADSONE MATTHEW
ADSONE MATTHEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia