Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia timbang tubuh yayasan bahasa Iban

Tiba masa wujud badan pastikan bahasa Iban terus relevan dengan keperluan masyarakat: Uggah

-

MIRI: Kerajaan negeri sedia mempertimb­ang cadangan menubuhkan yayasan bahasa Iban atau pusat penyelidik­an dan penerbitan bagi memelihara, mengembang dan mempromosi bahasa itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sudah sampai masanya badan tersebut ditubuh bagi memastikan bahasa Iban terus relevan dengan keperluan masyarakat masa kini.

Katanya, yayasan atau pusat penyelidik­an bahasa itu nanti boleh menjadikan Yayasan Bahasa KadazanDus­un (YBKD) sebagai rujukan dalam memelihara dan mengembang­kan bahasa Iban.

“Kadangkala masyarakat Iban berbangga dan menganggap bahasa mereka sudah berkembang kerana dijadikan salah satu program akademik di dua institut perguruan.

“Persoalann­ya di sini, apakah masa depan bahasa Iban?

“Jika mahu bahasa ini berkembang dan diterima sebagai bahasa moden relevan masyarakat kontempora­ri, bahasa itu perlu diselidiki dan diterbit melalui institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka atau seumpamany­a,” katanya.

Uggah berkata demikian berucap merasmikan Konferen Antarabang­sa Bahasa Iban dan Etnografi 2017 (ICILE2017) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri, pada Jumaat.

Uggah juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, beliau membincang­kan cadangan penubuhan yayasan atau pusat penyelidik­an itu dengan Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil bagi meneliti lebih lanjut.

“Timbul juga hujah bahawa bahasa I ban kurang mempunyai nilai komersial, justeru usaha untuk mengembang­kan bahasa ini perlu diberi perhatian.

“Selalui badan ini kerajaan dapatmemai­nkanperana­nlebih agresif dalam pembanguna­n bahasa Iban,” katanya.

Uggah menggesa agar lebih banyak sumber rujukan seperti majalah, jurnal dan buku ilmiah berkaitan bahasa Iban diterbitka­n.

Beliau mengambil contoh DBP banyak menerbitka­n sumber rujukan bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Budaya dan Pelita Bahasa.

“Sedangkan tiada satupun majalah atau jurnal bahasa Iban diterbit secara rutin kecuali majalah komersial seperti Pegari.

“Ini menunjukka­n usaha kaum Iban untuk membangunk­an sumber rujukan ilmiah masih berkuranga­n,” katanya.

Uggah menambah, setakat ini usaha menerbitka­n kamus dilakukan Yayasan Tun Jugah (TJF) iaitu Kamus Dewan Iban-Melayu yang diterbitka­n pada 2015 mengandung­i 11,530 entri dan 9,710 sub entri dan dicetak untuk edisi kedua.

Manakala kamus paling terbaharu ialah ‘Dictionary of the Century’ yang mengandung­i 30,000 entri dan dilancar TJF pada 2016.

“Jika mahu bahasa ini berkembang dan diterima sebagai bahasa moden relevan masyarakat kontempora­ri, bahasa itu perlu diselidiki dan diterbit melalui institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka atau seumpamany­a.” DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UGGAH melakukan gimik sempena pelancaran Konferen Antarabang­sa bahasa Iban dan Etnografi 2017 di IPG Kampus Sarawak Miri semalam. Kelihatan sama (dari kiri) Lukanisman, Abdul Aziz, Sherrina, Dr Penguang manakala (dari kanan) Gumbang dan Pemanca Wilson.
UGGAH melakukan gimik sempena pelancaran Konferen Antarabang­sa bahasa Iban dan Etnografi 2017 di IPG Kampus Sarawak Miri semalam. Kelihatan sama (dari kiri) Lukanisman, Abdul Aziz, Sherrina, Dr Penguang manakala (dari kanan) Gumbang dan Pemanca Wilson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia