Utusan Borneo (Sabah)

Nasib keluarga dua beradik mangsa rabies dibela

-

KUCHING: Keluarga mangsa dua beradik yang meningal dunia akibat jangkitan rabies atau penyakit anjing gila bakal menerima kediaman baharu lebih selesa daripada kerajaan persekutua­n.

Kediaman bernilai RM60,000 dijangka siap dalam masa tiga bulan atau kurang selepas tender pembinaann­ya dikeluar Isnin ini melalui Majlis Daerah Serian (MDS).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, beliau telah membawa masalah berkenaan ke pengetahua­n Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri penuh pada mesyuarat kabinet di ibu negara Rabu lepas.

“Saya sendiri memberitah­u dalam mesyuarat kabinet berkenaan mengenai keadaan keluarga mangsa dan TPM sendiri mengumumka­n kerajaan persekutua­n akan membina sebuah rumah untuk keluarga tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Projek Luar Bandar (MRP) di Serian pada Jumaat.

Jelasnya, Ahmad Zahid telah memberitah­u mesyuarat kabinet untuk menggunaka­n peruntukan­nya sebagai TPM bagi membantu keluarga mangsa mendapat kediaman lebih selesa.

Bagaimanap­un kata Riot, tapak tanah untuk pembinaan rumah akan ditentu ketua kaum kampung tersebut dan mungkin memakan masa antara tiga bulan atau kurang untuk siap sepenuhnya.

Riot juga Ahli Parlimen Serian berkata keluarga tersebut daif dan tinggal di dalam rumah seakan-akan pondok dan beliau sendiri telah melawat kes itu Selasa lepas bagi melihat sendiri lokasi kejadian.

Bagaimanap­un, beliau kesal dengan sikap segelintir pemilik akaun laman sosial Facebook dengan sewenangwe­nangnya melemparka­n kata merosakkan nama Serian.

Katanya, sejak hari berlakunya kejadian tersebut sehingga ke hari ini, aktiviti keseluruha­n masyarakat di Serian masih seperti biasa dan daerah itu masih selamat dikunjungi umum.

“Serian masih seperti sediakala seolah-olah tiada apa berlaku. Saya sendiri telah ke kampung tersebut, nasihat saya jangan sesekali menjadikan isu itu viral sehingga orang ramai tidak berkunjung ke Serian.

“Anda tahu siapa anda. Sebagai seorang Ahli Parlimen di sini, saya mengesahka­n jangan takut pergi ke Serian dan kampung dalam daerah Serian ini,” katanya.

Jelas Riot, beliau berada di kampung berkenaan sehari sebelum kedua-dua adikberadi­k malang itu selamat disemadi.

“Saya tidak hadir majlis pengebumia­n kerana terpaksa ke mesyuarat kabinet di ibu negara Rabu lepas,” katanya.

Tetapi beliau pada masa sama turut mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada orang ramai terutama warga Serian yang pemurah dan simpati dengan keluarga mangsa apabila mengadakan kutipan derma kilat kurang sejam semasa kedua-dua beradik tersebut dikebumika­n.

Beliau juga bersetuju cadangan bahawa derma dan bantuan pendidikan bagi adik beradik lain mangsa wajar diberi melalui DBNA

“Keluarga mangsa masih lagi meratapi pemergian dua anak mereka. Kami gembira kerana kurang daripada sejam warga Serian berjaya mengumpul RM5,000. Jujur kami warga Serian amat tersentuh hati,” tambahnya.

 ??  ?? KEADAAN usang rumah kediaman dua beradik mangsa rabies di Kampung Sungai Paon Bakung, baru-baru ini.
KEADAAN usang rumah kediaman dua beradik mangsa rabies di Kampung Sungai Paon Bakung, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia