Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan untuk penduduk Batu Kitang

-

KUCHING: Penduduk terutama pengguna jalan raya di sepanjang laluan Batu Kitang dekat sini bakal menikmati kemudahan jalan raya yang lebih kondusif dan lancar menjelang November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kitang Lo KhereChian­gberkata,kerajaan negeri telah meluluskan kerjakerja menaik taraf laluan sepanjang 5.8 kilometer (km) itu dengan kos RM3.5 juta.

“Saya ingin berterima kasih kepada Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an, Tan Sri James Masing yang telah meluluskan projek ini dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada penduduk di sepanjang laluan Batu Kitang ini atas kesabaran mereka menunggu kerja-kerja menaik taraf jalan ini dilaksanak­an.

“Sebaik kerja-kerja menaik taraf jalan ini siap pada November ini, penduduk dan pengguna akan menikmati pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa,” katanya sebelum lawatan kerja ke beberapa lokasi projek dekat sini pada Jumaat.

Mengulas lebih lanjut mengenai projek tersebut, Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) berkata kerja-kerja menaik taraf akan bermula pada September ini.

Menurut beliau, kerjakerja akan bermula dari persimpang­an lampu isyarat Batu 7, Kota Sentosa hingga ke Keranji (laluan menuju ke Jalan Bau Lama).

Bagi memastikan kelancaran trafik, semua kerja-kerja menaik taraf hanya akan dilaksanak­an pada waktu malam.

“Selepas kerja-kerja menaik taraf jalan ini siap nanti, saya akan cuba mendapatka­n peruntukan daripada dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk memasang lampu jalan di sepanjang laluan ini.

“Buat masa ini, kita akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf jalan ini dahulu bagi memastikan kelancaran di sepanjang laluan ini terutama pada waktu puncak,” katanya.

Dalam pada itu selain menaik taraf jalan Batu Kitang, kerajaan juga telah meluluskan pemasangan lampu isyarat di persimpang­an Haji Baki dekat sini.

Kerja-kerja pemasangan lampu isyarat ini juga akan bermula pada September ini dan dijangka siap pada November ini dengan kos RM350,000.

Turut diluluskan kerja-kerja membaik pulih sambungan pembesaran Jambatan Batu Kitang yang mana rosak disebabkan jumlah kenderaan yang banyak menggunaka­n laluan ini.

Kerja-kerja membaik pulih sambungan pembesaran jambatan ini bermula malam semalam dan akan siap dalam tempoh dua minggu dengan kos RM190,000.

 ??  ?? LO (empat kanan) mendengar penerangan daripada Ir Fadillah (lima kanan) mengenai kerja-kerja menaik taraf Jalan Batu Kitang.
LO (empat kanan) mendengar penerangan daripada Ir Fadillah (lima kanan) mengenai kerja-kerja menaik taraf Jalan Batu Kitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia