Utusan Borneo (Sabah)

SK Selama dipilih sekolah angkat TNB bangun sukan hoki

-

SELAMA: Sekolah Kebangsaan (SK) Selama di Perak adalah antara 18 buah sekolah yang dijadikan sekolah angkat pintar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melahirkan bakat hoki negara.

Pengurus Pentadbira­n Sukan, Bahagian Hal Ehwal Korporat TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata pemilihan sekolah berkenaan merupakan usaha syarikat utiliti tersebut membangunk­an sukan hoki negara dengan menggilap bakat baharu.

“Ini merupakan program pembanguna­n hoki negara yang diselia oleh TNB bagi memilih pemain hoki yang berbakat untuk mewakili negara,” katanya kepada pemberita di Klinik Hoki TNB 2017 di Sekolah Kebangsaan Selama pada Sabtu.

Sempena dengan pemilihan itu, SK Selama menerima 20 set kayu hoki, 40 baju T, 20 biji bola hoki dan satu set pakaian dan kelengkapa­n penjaga gol untuk 40 orang murid.

Nor Saiful Zaini yang juga bekas kapten pasukan hoki negara berkata melalui program itu pihaknya akan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik bermain hoki yang betul selain mewujudkan budaya sihat dalam kalangan pelajar.

“Sekolah yang dipilih perlu menyediaka­n pasukan mereka untuk menyertain­ya. Kita harap suatu hari nanti mereka dapat mewakili negara dalam sukan hoki,” katanya.

Selain itu beliau berkata sebuah padang hoki juga perlu diwujudkan di daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian bagi membolehka­n pelajar sekolah berlatih di atas padang hoki yang sempurna.

Sementara itu Guru besar SK Selama, Mardiah Wahab berkata pemilihan sekolah tersebut membuka peluang untuk melahirkan lebih ramai bintang hoki negara pada masa hadapan.

“Kita terharu kerana kita dipilih TNB daripada 15 sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang mengemukak­an permohonan sebelum ini untuk menjadi sekolah angkat pintar syarikat itu.

“Kesudian TNB menganjurk­an klinik hoki dengan dibimbing bekas kapten pasukan hoki negara pastinya menyinari kembali potensi sukan hoki sekolah yang malap sebelum ini,” kata Mardiah. Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MARWAN Azani, 10, (kanan) bersama rakan yang lain menjalani sesi latihan hoki pada program Klinik Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sekolah Kebangsaan Selama pada Sabtu.
- Gambar BERNAMA MARWAN Azani, 10, (kanan) bersama rakan yang lain menjalani sesi latihan hoki pada program Klinik Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sekolah Kebangsaan Selama pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia