Utusan Borneo (Sabah)

MASOC siasat penjualan tiket secara haram

-

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas penjualan tiket temasya Sukan SEAke-29 KualaLumpu­r2017(KL2017) dilancarka­n, gejala penjualan tiket secara haram juga dilihat mula berleluasa secara dalam talian. Tinjauan mendapati penjualan tiket bagi upacara pembukaan dan penutup temasya dwi tahunan itu dilakukan di salah satu laman sesawang yang menjalanka­n urusan jual beli secara atas talian oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab yang disifatkan mahu mengaut keuntungan.

Justeru, Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) mencari mekanisme terbaik untuk mengawal gejala tidak sihat berkenaan yang menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan MASOC.

Ketua Pegawai Ekskutif MASOC Datuk Seri Zolkples Embong berkata beliau telah dimaklumka­n berhubung perkara berkenaan dan telah mengarahka­n bahagian operasi MASOC supaya menyiasat perkara itu.

“Perkara ini selalu berlaku terutama pada acara yang menjadi tumpuan dan ada pihak yang ambil kesempatan. Ini adalah menyalahi undang-undang dan peraturan dan kita akan ambil tindakan sewajarnya.

“Sama ada ini kes terpencil atau tidak, kalau tidak dikawal ia akan merebak. Kita mungkin akan libatkan pihak keselamata­n seperti polis dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang berada dalam jawatankua­sa bagi membantu menangani masalah ini,”katanya.

Beliau ditemui selepas majlis undian acara sukan sempena Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini pada Sabtu.

Hargatiket yangdijual­dilaman web berkenaan adalah RM50 untuk majlis pembukaan dan RM30 untuk majlis penutup temasya sukan dwi tahunan itu dengan tawaran penghantar­an secara percuma dalam negara. Harga yang ditetapkan MASOC antara RM10 hingga RM20. Bernama

 ??  ?? MOHD Tamin menyampaik­an cenderaken­angan kepada Fahzean sambil diperhatik­an oleh Sinin Kasim (dua kiri).
MOHD Tamin menyampaik­an cenderaken­angan kepada Fahzean sambil diperhatik­an oleh Sinin Kasim (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia