Utusan Borneo (Sabah)

Sabah hati-hati buru kemenangan

Tetap waspada berdepan pasukan tercorot Perlis pada saingan Liga Piala Belia di Stadium Penampang petang ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN Liga Piala Belia 2017

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Sabah tetap berhati-hati dalam pemburuan kemenangan menentang Perlis pada saingan Kumpulan B liga Piala Belia di Stadium Penampang petang ini.

Sepak mula perlawanan adalah pada jam 4.15 petang.

Ketua jurulatih, Awang Sabtu Jamil mengingatk­an agar pemain tidak dilekakan dengan kedudukan Perlis di tangga tercorot.

“Pemain tidak boleh leka apa lagi memandang rendah pasukan lawan walaupun mereka adalah pasukan tercorot. Pemain kena fokus sepenuhnya kepada tugas memburu kemenangan.

“Ia adalah perlawanan yang mesti dimenangi. Sebarang keciciran mata akan meletakkan pasukan dalam risiko terlepas peluang ke suku akhir yang sudah hampir dengan kita.

“Kalau menang esok (hari ini), saya fikir sebelah kaki kita sudah di pintu suku akhir tetapi kalau tidak menang, kita hanya mengundang pasukan di bawah untuk memintas,” kata Awang Sabtu ketika dihubungi pada Sabtu.

Awang Sabtu berkata, semua pemain berada dalam keadaan terbaik. Oleh itu beliau mengharapk­an persembaha­n terbaik dari pemain.

“Kita kena main habishabis­an. Perlis pasukan bahaya. Pada pusingan pertama kita hanya seri 2-2 dengan mereka dan barubaru ini Perlis mengalahka­n pendahulu liga, KL Felda United FC. Sebab itu kita kena hati-hati juga.

“Saya fikir enam mata dari baki tiga perlawanan kita adalah jaminan untuk ke suku akhir. Saya harap tiga mata daripadany­a diperolehi pada perlawanan esok (hari ini),” katanya.

Sabah kini di kedudukan ketiga dengan 22 mata selepas 13 perlawanan manakala Perlis di tangga tercorot dengan 11 mata.

Berdasarka­n perkiraan matematik, belum ada di antara sembilan pasukan yang sudah mengesahka­n tempat ke suku akhir yang diperuntuk­an kepada pasukan teratas.

Bagaimana gambaran pasukan yang layak mungkin akan lebih jelas selepas perlawanan hari ini.

Dua pasukan teratas kini dihuni KL Felda United FC dan Kuala Lumpur yang masing- masing telah mengumpul 26 mata.

Pasukan di bawah Sabah adalah Selangor (19 mata), pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka yang masingmasi­ng telah mengumpul 16 mata dan Perlis (11 mata).

“Kita kena main habis-habisan. Perlis pasukan bahaya. Pada pusingan pertama kita hanya seri 2-2 dengan mereka dan baru-baru ini Perlis mengalahka­n pendahulu liga, KL Felda United FC. Sebab itu kita kena hati-hati juga. ” AWANG SABTU JAMIL Ketua jurulatih Piala Belia Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia