Utusan Borneo (Sabah)

Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah: Khairy

-

REMBAU:Skuad olahraga negara mempunyai peluang cerah untuk merangkul pingat emas dalam acara pecut lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, ramalan itu berdasarka­n pencapaian raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli pada Kejohanan Olahraga Asia (ATF 2017) di Bhubaneswa­r, India, pada Jumaat.

Biarpun hasrat Khairul Hafiz merangkul pingat tidak kesampaian selepas penyertaan­nya dalam final 100m dibatalkan akibat dua ‘false start’, namun cata- tan masa 10.24s pada peringkat separuh akhir cukup membanggak­an berikutan pemenang emas, Hassan Taftian dari Iran, mencatatka­n masa 10.25s.

Dalam pada itu, Zaidatul Husniah pula menamatkan saingan dalam acara 100m final di tangga keempat dengan catatan masa 11.70s selepas merekodkan masa 11.62spada peringkat saingan manakala Siti Fatimah Mohammad di tangga keenam dengan masa 11.87s.

“Dari segi prestasi, ini adalah petanda baik menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur,” kata Khairy kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Rembau di sini pada Sabtu.

Pencapaian itu juga sekali gus memberi gambaran bahawa semua atlet dalam ‘Program Kita Juara’ sedang meningkat prestasi dan diharapkan atlet dapat mencapai prestasi kemuncak masing-masing pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini, katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Mengikut catatan masa oleh peserta negara Sukan SEA di ATF, Khairul Hafiz memiliki catatan terbaik (10.24s), diikuti peserta Singapura, Calvin Kang (10.61s), peserta Filipina, Anfernee Lopena (10.95s), dan dua peserta Thailand – Bandit Chuangchai (11.35s) dan Kritsada Namsuwan (11.78s).

Dalamacara­100m wanita, Zaidatul Husniah muncul pelari terbaik dari rantau Asia Tenggara dengan catatan masa terbaik 11.62s (peringkat saringan) diikuti rakan senegara, Siti Fatimah dengan masa 11.87s pada final.

Peserta Singapura, Wendy Enn dan peserta Thailand, On Uma Chattha, masing-masing dengan masa 12.14s dan seorang lagi peserta Thailand, Tassaporn Wannakit dengan masa 12.47s.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? KHAIRY dan isterinya Nori bergambar dengan pasukan angkat berat Sukan SEA yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di perkaranga­n Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kota pada Sabtu.
- Gambar BERNAMA KHAIRY dan isterinya Nori bergambar dengan pasukan angkat berat Sukan SEA yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di perkaranga­n Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kota pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia