Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak dapat laluan seimbang

-

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 22 (B22) mendapat peluang yang seimbang apabila diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Undian berkenaan juga memperliha­tkan bahawa skuad negara mempunyai laluan mudah untuk menghuni dua tangga teratas kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir.

Juara bertahan, Thailand pula berada dalam Kumpulan B yang disifatkan sebagai kumpulan maut apabila diundi bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.

Ketua jurulatih skuad projek Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee berkata walaupun berada dalam kumpulan yang lebih mudah berbanding Kumpulan B, namun anak buahnya perlu tetap berwaspada.

“Kita tetap sedar ancaman daripada pasukan Myanmar dan Singapura serta kita juga tidak boleh ambil mudah terhadap pasukan Laos dan Brunei yang mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kita harus pastikan semua pemain serta pasukan berada dalam keadaan baik bagi menghadapi pasukanpas­ukan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis undian acara sukan sempena Sukan SEA Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Kim Swee turut mengesahka­n bahawa perlawanan persahabat­an antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Shah Alam, Khamis ini, merupakan medan terbaik untuk menilai kekuatan sebenar serta memperbaik­i kelemahan sebelum menghadapi Sukan SEA 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.

“Memang telah ada perjanjian di antara kami sekiranya berada dalam kumpulan yang sama, perlawanan tersebut tetap akan berlangsun­g seperti yang telah dijadualka­n,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan skuad negara tiada pilihan lain dan harus melayakkan diri ke final.

“Di tambah beraksi di halaman sendiri, naluri saya berkata Malaysia perlu beraksi di pentas final demi peminat bola sepak tanah air,” katanya.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? KIM Swee (kiri) bersama Hamidin selepas tamat Majlis Undian bagi 26 acara sukan sempena Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsun­g Ogos depan.
- Gambar BERNAMA KIM Swee (kiri) bersama Hamidin selepas tamat Majlis Undian bagi 26 acara sukan sempena Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsun­g Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia