Utusan Borneo (Sabah)

Murray lepasi cabaran Fognini untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir

-

LONDON, England: Andy Murray terselamat satu ancaman kuat daripada Fabio Fognini sebelum juara bertahan itu melangkah ke pusingan 16 akhir bersama-sama pencabar terkuatnya, Rafael Nadal pada Jumaat.

Murray dipaksa bekerja-keras untuk menewaskan pemain dari Itali itu 6-2, 4-6, 6-1 dan 7-5 dan melangkah ke pusingan keempat kejohanan Wimbledon buat kali ke-10 berturut-turut.

Pada perlawanan di Gelanggang Tengah, Murraymeng­adulawanny­a mengambil masa terlalu lama untuk melakukan servis dengan pemain pilihan ke-28 itu menerima denda mata kerana mengeluark­an katakata kesat, sebelum akur dengan kehebatan jaguh tuan rumah itu.

Murray menyelamat­kan lima mat aset untuk mengelak bermain pada set kelima dan mencipta kemenangan ke-105 di permukaan rumput dan kekal di landasan bakal bertemu dengan Nadal di separuh akhir.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang akan menentang Benoit Paire dari Perancis di pusingan keempat, memburu sasaran menjadi pemain tuan rumah pertama yang mempertaha­nkan kejuaraan sejak Fred Perry melakukann­ya pada 1934 hingga 1936.

“Sememangny­a pada akhir perlawanan, ia sangat tegang. Ia permainan turun naik,” kata Murray.

“Saya tidak merasakan seperti ia permainan terbaik tetapi saya berjaya mengharung­inya. Saya berasa gembira untuk menang dalam empat set.”

Selepas memenangi kejuaraan Terbuka Perancis untuk rekod kali ke-10 bulan lepas, Nadal tidak kelihatan bergelut untuk mengubah corak permainan dari permukaan tanah liat ke permukaan rumput.

Beliau mudah menewaskan pilihan ke-30 dari Rusia, Karen Khachanov 6-1, 6-4 dan 7-6(7/3) untuk menyamai rekod terbaik peribadi memenangi 28 perlawanan berturut-turut pada kejohanan Grand Slam, satu tempoh dari final Terbuka Australia tahun ini.

Kejuaraan kedua dan terakhir Nadal di Wimbledon ialah pada 2010 dan beliau belum pernah melepasi pusingan keempat selama enam tahun sebelum tahun ini.

Lawannya di pusingan kelima ialah Gilles Muller, pemain pilihan ke-16 yang menewaskan Aljaz Bedene 7-6(7/4), 7-5 dan 6-4 untuk melangkah ke pusingan kelima buat kali pertama pada usia 34 tahun.

“Saya bermain dengan hebat untuk satu set setengah tetapi kemudian diberi tentangan yang kuat. Beliau mula bermain lebih baik, jadi saya berasa gembira untuk menang dalam tiga set,” kata Nadal.

Bekas finalis Terbuka Amerika (AS), Kei Nishikori, berharap untuk akhirnya melangkah ke pusingan keemepat di sini selepas bertahun-tahun bergelut.

Dan pemain ranking kesembilan dunia dari Jepun itu terpaksa menunggu satu tahun lagi selepas tewas 6-4, 7-6(7/3), 3-6 dan 6-3 kepada pemain pilihan ke-18 dari Sepanyol, Roberto Bautista Agut.

Bekas juara Terbuka AS, Marin Cilic, akan menjadi lawan Bautista Agut selepas menewaskan Steve Johnson, pilihan ke-26 dari AS 6-4, 7-6 (7/3) dan 6-4.

Bekas pemain nombor satu wanita, Victoria Azarenka, meneruskan kemaraan apabila menewaskan pemain wildcard tuan rumah, Heather Watson 3-6, 6-1 dan 6-4.

Bertanding pada kejohanan Grand Slam yang pertama beliau selepas bercuti setahun setelah melahirkan anak pada bulan Disember, Azarenka tewas mudah pada set pertama.

Tetapi juara dua kali Terbuka Australia itu meningkatk­an permainan pada dua set berikutnya untuk melangkah ke pusingan 16 akhir dan mengekalka­n impian mengulangi pencapaian Evonne Goolagong yang muncul juara Wimbledon selepas bergelar ibu pada 1980.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia